Friday, March 23, 2012

STANDBY...CAMERA...ACTION!!!!

Entry kali ni, aku saja nak share gambar2 telatah kucing-kucing kesayangan aku ni...Yg kelabu aku bagi nama Miss Kelabu tapi aku panggil Labu Wawa sbb dia asyik sebut "wawa...wawa". Jenuh jugak nak ajar dia sebut "meow..meow" mcm kucing2 yg lain tapi tak nak jugak..."Wawa" pun"wawa" lah Labu, asalkan tak bisu...hehehe...Yg siam ni Baby Putih..dulu panggil Putih, sekarang panggil Baby je sbb bulu dia dah kurang putihnya sejak dia dah besar ni...Kalau skrg panggil Putih, dah tak nak menyahut dah... buat derk je dia...Eksyen nyer...

Gambar Dulu (5 tahun dahulu) :

Miss Kelabu

Gambar Labu masa kecik lagi..Tak comel sangat, kurus je..tapi jangan terkejut tengok gambar seterusnya biler tgk gambar dia sekrg...


Baby Putih
Masa ni Baby asyik takut2 je...Yelah masa tu kecik lagi, tak kenal org..Ni pun kena paksa tangkap gambar, tengoklah dia besarkan mata dia..Takutlah tu...ingat org nak terkam dia...Waktu tu, bulu dia warna putih dan ada sikit2 coklat...Tapi sekrg dah tukar kaler pulak..



Gambar Sekarang :

Miss Kelabu
Tengok kan?...Beza tak?..Nape, tak caya?...Sekrg dah gemuk dan bulat..Berat pulak tu, dah tak larat nak dukung...5kg beras pun tak seberat dia...Skrg Labu kena diet, makanan pun kena catu...Doktor dah pesan kena jaga makan coz dia dah tahap obesiti...

Terlena sampai tak sedar org tgh snap gambar dia..terlebih letih lah tu..

With her toy, Tiger....

Gaya landing atas katil...Posing sebelum tido..

Ni gaya favourite dia..Cara senaman atas lantai...Gaya mcm nak menari pun ada..

Tidur with her chicken toy...

Masa ni matahari tgh tegak...Ni tidur sambil sorok muka sbb tak nak kena cahaya...

Tengah bersenang-lenang...
Ntah apa yg dimenungkan tu?...Tgh pikir masalah dunia kot?...

Leka tgk citer kartun...Tgh syok tgk Jerry berlari2 sambil kena kejar Tom Cat...Ntah apa yg dipikirkannya.."Aper lah bengong sgt si Tom ni..tak reti2 jugak nak tangkap si Jerry..Kalau aku, dah lama settle.."

 
Ni time tgh layan feeling nak tido..."Sibok je nak snap2 gambar aku.."

Bersenam di malam hari...."1...2...3...4...dan lagi"

Labu masa ni kena paksa pakai baju pinky baru dia sbb time kenduri...Tengok!!!...Sibuk jugak nak berposing atas pelamin..


Baby Putih
Tabiat Baby ni suka tidur sorok muka...Risau jugak takut2 dia tak boleh bernafas..

Ni tidur gaya kangaroo..Sedap je letak punggung atas bantal....Isy, tak takut bisul ke?...

Baby ni dari kecik sampai besar, masih tak hilang malunya..Takut sgt dgn org yg dia tak kenal..

Dulu dia suka menyorok dalam comforter...Sejuk sbb ada aircond...Sekrg tak lagi sbb dah jarang bukak aircond dlm bilik...Panas..

Mengantuk sangatlah tu..

Masa ni, baru beli big screen TV...Baby suka sgt tgk tv masa tu, lebih2 lg kalau nampak benda2 gerak ni...Leka..

With her favourite blue pillow..

Baby pun kena jugak..Pakai baju blue dia...Matching with her blue eyes..

Kalau nak tau, kdg2 diorg ni suka sgt bergurau2 sesama sendiri tp gurau diorg ni ganas2..Nanti kejap2 keluar bunyi 'ek' ler, lepas tu berlari2 keliling rumah sambil main cakar2 muka...Tapi biler tgh baik, tak nak berenggang..Kalau tak caya, cuba tgk gambar kat bawah ni...

Sedapnya Labu tidur...Punggung Baby pun bole jadi bantal..

Tidur pun nak rapat2..

Oklah...cukup kat sini je kisah diorg berdua....Kalau ada gambar2 baru, nanti update lg..So, Labu n Baby nak bgtau ni..."Enjoice!!!!"

Thursday, March 22, 2012

[MTV] Shahir - Pendam

One of my favourite song....Enjoice...

NEW NOVELS FROM ARELA SAHIMI & DAMYA HANNA...

Hi....dah lama nya aku tak update ttg novel2 baru ni kan?... So, kali ini my favourite authors dah keluar novel2 baru mereka...Wah...best..best...best...Bertambah ler koleksi novel aku ni...Ok, girls....check it out n enjoice...
(Credited to Kakinovel and Alaf21) 




SINOPSIS :

Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.

Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.

Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!







SINOPSIS :

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


Monday, March 12, 2012

MASA SEKOLAH DOLU2...

Ini aku jumpa gambar2 lama masa aku kat secondary school...Ada yg masih contact (via fb actually) dan ada yg langsung takde khabar berita (MIA)...baru2 ni one of my old schoolmate buat reunion tapi tak boleh nak join..Jauh...So sad...N 4 my old friends from SMK Batu Kawa, Kuching, Sarawak, these pictures 4 u...Enjoice...


Form 1

Form 4

Monday, March 5, 2012

HAPPY 40TH ANNIVERSARY...

Hari Sabtu baru2 ni (3/3), my parent in law sambut 40th anniversary... itupun diawalkan sbb my father in law nak berangkat mengerjakan umrah on 6th March...kebetulan pula my hubby's niece pun sambut birthday pada hari yg sama - ke 10 tahun...So, dua dalam satu lah kiranya majlis makan2 ni...kepada abah dan mak mertua...Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 40 dan Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kalian berdua di dunia dan di akhirat...dan buat Nurin Wadihah...Selamat hari lahir ke- 10 dan semoga sentiasa cemerlang di dalam kehidupan yang mendatang...Aminnn....

Majlis potong kek...


Chocolate Cake...i luv it...

Abah

Mak

Romantik gitu...

Macam pesta buah je...sbb ada banyak buah atas meja..

Ramai cucu dah menunggu tu...nak rasa kek sorang sikit..

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...