Showing posts with label NOVEL TERHANGAT. Show all posts
Showing posts with label NOVEL TERHANGAT. Show all posts

Friday, March 8, 2013

KOLEKSI NOVEL MA LEE CHUSWAN...

Hi uolls....hari ni tak tau ler nape aku teringat pulak novel2 lama yg pernah aku beli n baca sebelum ni...salah satunya novel2 Ma Lee Chuswan...one of my fav author actually...
Novel yg paling aku suka Lamaran Kedua n still simpan sampai skrg.....ada sentimental value kat situ coz itu hadiah pertama aku dpt dari my dearest sis dan start dari dari situlah bermulanya zaman aku giler baca novel...dah tahap obses lah sekrg....hehehe...
Novel Lamaran Kedua ni mmg best, dah banyak kali aku khatam....dan novel ni jugak menjadikan aku peminat kipas susah mati (die hard fan) No. 1 Ma Lee Chuswan.....Chewahhhh....yo yo oooo je...
So, hari ni aku terlebih rajin memulakan misi mencari sipnosis koleksi novel2 Ma Lee Chuswan utk share dgn uolls semua...
Semua novel ni aku dah bc cuma aku tak boleh nak buat sinopsis sendiri coz hampir semua novel tu aku simpan kat rumah parent aku kat Sarawak...
Cuma kalau uolls nak baca, aku tak jamin lah kalau ada lg tak novel2 ni dijual...Try tanya MPH, manalah tau masih ada lg stok lama novel2 ni....Semua novel adalah terbitan Creative Enterprise (CESB) kecuali Gelora yg telah diterbitkan semula oleh KakiNovel...




Credited to : http://www.novelmalay.blogspot.com

Sipnosis :

Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja....satu, satu pergi dan hilang.





Credited to : http://www.kakinovel.com

Sipnosis :

Adam dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.

Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.

Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.

Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.

Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.
Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….






Credited to : http://yongekinbercerita.blogspot.com

Sipnosis :

Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda.Kesabaran yang kupertahankan bagai sebuah percaturan. 

Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. 

Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ...menghuni daerah sepiku..







Sipnosis :

Permata hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. 

Haji Mustaffa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Arianan.

Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.







Credited to : http://jomnovel.blogspot.com

Sipnosis :

Aku ingin  menjadi 'puteri'....kalau tidak puteri kayangan pun...cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi.

Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab...melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab.

Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam sautu periuk rezeki. Namun mampukan Dee terus bersembunyi...dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...



Friday, February 15, 2013

NOVEL QASH SHAZWANI : SEINDAH HUJAN CINTA

Hi pembaca2 novel yg tegar.....dah lama aku tak update citer novel2 terbaru n best2 kan?....So, kali ni aku nak share one more novel yg aku rasa dalam kategori best dan wajib dibaca...Memang best pun sbb aku bersengkang mata nak perabihkan novel ni sampai pagi.....mcm2 rasa ada.....sakit hati....sedih....terharu.....huhuhu...kiranya semua adalah.....Pegi keje, mata mcm celik tak celik je......Nak buat camno kan.....dah tak sabar nak baca endingnya.....Lagipun aku ni bukannya jenis baca dari belakang ke depan...tapi tak tahulah kalau uolls baca mcm tu...hehehe....tak thrill lah kalau dah tahu ending dulu.....Sape2 yg belum baca lagi, pegi beli n khatam novel tu....then, uolls boleh nilai sendiri sama ada best atau tidak citernya....betul tak?....

Credited to http://www.karyaseni.my/


“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”

Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.


“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”

“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”

“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”

“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”

“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”

“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”

“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.

Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya?.....


Wednesday, October 24, 2012

KOLEKSI NOVEL AINUL HAZRAH

Last nite, aku perabihkan jgk ler baca novel ni coz tak sabar nak tau endingnya....Sedu-sedan jgk ler aku dibuatnya....huhuhu.....sedih weiiiii....lagi ler kalau baca tgh2 mlm buta, sorang2 pulak tu...lagi syahdu-mahdu....Aku tak tau lah kalau aku boleh jadi setabah Tija yg sanggup izinkan hubby dia kahwin lain semata2 nak bahagiakan suami dia....ntahlah....

So, aku nak syorkan kat sini uolls try ler baca novel ni....tangkap leleh gitu....Tapi sebelum tu, kena ler baca novel ni dulu iaitu 'Tak Secantik Husna' sbb citer 'Temukanku Dgn Cinta' adalah citer sequel (kesinambungan watak2 utama) dari novel tu...Enjoy the reading....

(Credited to http://www.alaf21.com.my)


Sinopsis

Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...” 






Sinopsis

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang"




Yang ni pulak novel lain yang ditulis oleh Ainul Hazrah....Best jugak citernya....



Sinopsis

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari. 


Thursday, March 22, 2012

NEW NOVELS FROM ARELA SAHIMI & DAMYA HANNA...

Hi....dah lama nya aku tak update ttg novel2 baru ni kan?... So, kali ini my favourite authors dah keluar novel2 baru mereka...Wah...best..best...best...Bertambah ler koleksi novel aku ni...Ok, girls....check it out n enjoice...
(Credited to Kakinovel and Alaf21) 




SINOPSIS :

Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.

Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.

Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!







SINOPSIS :

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


Tuesday, July 12, 2011

NEW NOVELS COMING TO TOWN...

Uolls...nak bagitau ni..ada novel2 baru nak kuar..yeah..yeah..Yg terbestnya, novel2 dari novelist yg paling aku suke-suki sangat2..One from Aisya Sofea (Alaf21) n the other one from Areila Sahimi (Kakinovel)...Ni yg tak sabor2 nak serang hendap MPH or Popular..Itupun kalau dah ada..Biasanya, novel2 baru yang cepat kuarnya ada kat MPH Midvalley...Alaaaaa....bilo nak g ni?...Walau apapun, enjoice reading the sypnosis ya..Don't forget 2 grab it...
(Credited to http://www.alaf21.com.my/  and  http://www.kakinovel.com/)
*If u want 2 see more the novel collections frm both novelists, just dropdown 2 my previous posts...



Sinopsis
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”





Sinopsis:-

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Thursday, January 13, 2011

KOLEKSI NOVEL TERHANGAT (3) - DAMYA HANNA

Hai semua..Dah lama rasanya aku tak update blog...sibuk sangat2... terkejar2 menyelesaikan tugas di pejabat dan sibuk attend hearing as an expert witness kat high court..dah rasa macam lawyer pulak kalau sentiasa berulang-alik kat high court ni...
Pada kali ni aku nak share koleksi novel yang ketiga pulak..penulisnya adalah Damya Hanna...cerita2 novelnya memang best...kawan2 pejabat aku pun puji sbb jln ceritanya boleh meruntun perasaan..chewah...tapi memang betul,aku tak tipu...setakat ini, ada 7 buah novel tulisannya yang diterbitkan oleh Alaf 21...senarai novelnya seperti di bawah :
(Credited to www.Alaf21.com.my)








U all try le baca novel2nya...memang best....Salute to Damya Hanna....

Tuesday, December 28, 2010

KOLEKSI NOVEL TERHANGAT (2) : AREILA SAHIMI

Hari ni aku nak kongsi pulak koleksi novel aku yang ke-2 iaitu koleksi karya AREILA SAHIMI..Pada sape2 yang minat bahasa yang sempoi2 dan releks, memang best baca novel2 ni...Tak peningkan kepala dan jln citernya pun 'straight to the point' tapi masih ada ke'romantik'an dan ke'syahdu'an dlm citer2 beliau..Semua karya yang aku senaraikan di bawah ni terbitan KAKINOVEL..siap ada sinopsis sekali...Salute to Areila Sahimi dan KakiNovel...
(Credited to www.kakinovel.com)

Sinopsis:
Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.


Sinopsis:
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.

Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.

Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.

Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?


Sinopsis:
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.  Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu.  Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri.  Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi.  Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan.  Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala.  Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.  Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi.  Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya.  Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu  oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi.  Cinta tanpa isyarat.  Datangnya tanpa sedar.  Akur.  Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga.  Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan?  Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan.  Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....

Thursday, December 23, 2010

KOLEKSI NOVEL TERHANGAT (1) : AISYA SOFEA

Hari ni aku nak share ttg novel2 yg paling aku suka dan takkan pernah jemu walaupun baca berkali2..Antaranya novel2 karya Aisya Sofea..Aku boleh dikatakan antara one of her big fan..Rasanya hampir kesemua koleksi novel Aisya Sofea, aku dah ada dan still simpan sampai sekarang..dan semuanya terbitan Alaf21...Antaranya....






Dan yang terbaru.....



U all bacalah novel2 ni...aku gerenti ia tidak mengecewakan.....selamat membaca....

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...