Tuesday, December 28, 2010

KOLEKSI NOVEL TERHANGAT (2) : AREILA SAHIMI

Hari ni aku nak kongsi pulak koleksi novel aku yang ke-2 iaitu koleksi karya AREILA SAHIMI..Pada sape2 yang minat bahasa yang sempoi2 dan releks, memang best baca novel2 ni...Tak peningkan kepala dan jln citernya pun 'straight to the point' tapi masih ada ke'romantik'an dan ke'syahdu'an dlm citer2 beliau..Semua karya yang aku senaraikan di bawah ni terbitan KAKINOVEL..siap ada sinopsis sekali...Salute to Areila Sahimi dan KakiNovel...
(Credited to www.kakinovel.com)

Sinopsis:
Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.


Sinopsis:
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.

Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.

Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.

Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?


Sinopsis:
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.  Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu.  Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri.  Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi.  Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan.  Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala.  Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.  Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi.  Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya.  Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu  oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi.  Cinta tanpa isyarat.  Datangnya tanpa sedar.  Akur.  Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga.  Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan?  Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan.  Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....

No comments:

Post a Comment

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...