Wednesday, October 31, 2012

SAWADEE KAP....THAILAND

Cuti raya haji baru2 ni, aku n hubby fly ke Bangkok, Thailand....huiyoooo, Bangkok tu.....jangan jeles...hehehe....Keterujaan kitorg ni sampai aku tak masak utk raya...Kesian hubby aku makan roti di pagi raya sbb wifey dia sibok mengemas baju...huhuhu...Kitorg kat sana pegi ptg Jumaat then balik malam Ahad...macam tak puas sbb singkat sangat...Aku duduk kat rumah jiran aku yg kerja kat sana....Best giler weiiii....cuma menyesal bawak duit sikit bebenor...2 kali tu cucuk duit kat mesin ATM sbb giler menyopping sampai tak hengat....Senang ckp, seronok giler ler kat sana terutama kaki shopping mcm aku....hahaha....

Btw, aku ucap terima kasih yg byk...byk...bykkk sgt2 kat Kak Lin n family sbb jadi tuan rumah yg amat baik n sporting giler....Memang happening lah jln2 kat sana sbb aku n kak Lin ni satu kepala jugak....kaki menyopping.....Rasa mcm nak g sana lagi lah...tapi ongkosnya sudah susut...hehehe...Next time....tungguuuu.....

TQ again Kak Lin n Alya...n Abg Jamal tooo.....TQ for the wonderful days....n see u in Malaysia soon.....n guys, enjoice....

Anak aku sekor ni merajuk....nak masuk dlm beg tapi dah penuh...

Otw to departure hall

Lega dapat kerusi...letih berjln...belum sampai Bangkok lagi ni...

Aku pun dah menguap2 ni menunggu...

Buat kenangan...hehehe

Aku tak tau apa motif aku tangkap gambar burung tu...Korang tau tak?

Touchdown je kat Bangkok...hantar beg....terus pegi sini...shopping time....

Suasana di Bobae Market......Kat sini aku borong T-shirt.....Seluar tidur pun aku rembat.....
murah giler...


Otw to Hua Lamphong naik BTS Skytrain (mcm LRT kat Malaysia kita ni), aku jumpa signboard ni.....agak2 korang faham tak motif aku tangkap gambar ni....



Gambar naik Tuk Tuk...Best weiiii.....fresh air.....

Ni ler rupa Tuk Tuk roda tiga....laju giler...boleh nyelit2 pulak tu...mcm merempit pulak rasanya...

Jalan2 carik kain Thai Silk di Old Siam....memborong jugak aku kat sini...3 pasang aku rembat...
Sepasang (4 meters) dah dpt harga RM160 (1600 bhat)...Thai Silk yg lembut tu tau, bukan yang kain keras..

One shot...

Suasana di Chatuchak Weekend Market....tempat ni wajib pergi bagi yg kaki shopping...kat sini aku sempat jugak rembat Ipod RM15 (150 bhat)...Aku dah try, ok jugak...

Aku tangkap gambar air ni sbb air ni sedap giler....Orange juice tapi ais dia hampir hancur....
bukan berketul2 mcm biasa tu...I like3x...



Kat sini ada mknan special...Coconut Ice-cream....Sedap giler....wajib cuba...


Posing dulu...

Ramai giler yg dtg sbb market ni cuma bukak hjg minggu je...


Go to MBK Center...Kat sini aku borong luggage beg...Jenama Samsonite murah giler...Medium size dapat harga tawar RM140...Sape nak bagi...hehehe...Kak Lin, akak memang terer lah bab2 tawar-menawar ni....tabik spring...

Makan sodap2 kat sini...Tom yam kung n som tum...

Nana Street...kat sini banyak jual baju2 jersey....


Yang ni pulak Tuk Tuk 4 tayar...Naik jugak...

Otw balik Malaysia....posing lagi kat airport...




Hasil rembatan dari Bangkok....masih tak cukup lagi ni...nak pergi lagi lah...hehehe...


Kali ni aku tak banyak tangkap gambar sbb sibuk mengempiskan poket...Rambang biji mata aku tengok brg2 murah giler ni....Aku rasa aku lebih giler shopping kat sini daripada masa aku shopping kat Bandung...Pegi satu beg, balik 3 beg ko...apa citer...hehehe...

Wednesday, October 24, 2012

KOLEKSI NOVEL AINUL HAZRAH

Last nite, aku perabihkan jgk ler baca novel ni coz tak sabar nak tau endingnya....Sedu-sedan jgk ler aku dibuatnya....huhuhu.....sedih weiiiii....lagi ler kalau baca tgh2 mlm buta, sorang2 pulak tu...lagi syahdu-mahdu....Aku tak tau lah kalau aku boleh jadi setabah Tija yg sanggup izinkan hubby dia kahwin lain semata2 nak bahagiakan suami dia....ntahlah....

So, aku nak syorkan kat sini uolls try ler baca novel ni....tangkap leleh gitu....Tapi sebelum tu, kena ler baca novel ni dulu iaitu 'Tak Secantik Husna' sbb citer 'Temukanku Dgn Cinta' adalah citer sequel (kesinambungan watak2 utama) dari novel tu...Enjoy the reading....

(Credited to http://www.alaf21.com.my)


Sinopsis

Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...” 






Sinopsis

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang"




Yang ni pulak novel lain yang ditulis oleh Ainul Hazrah....Best jugak citernya....



Sinopsis

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari. 


Tuesday, October 23, 2012

ARTIS DULU DAN SEKARANG....SANTAI....


Erra Fazira



Dato' Siti Nurhaliza



Datin Paduka Umie Aida



 Vanidah Imran



Ziana Zain



Nasha Aziz



Fauziah Latiff



Ning Baizura



Datuk Sheila Majid



Zahida Rafik



Zarina Zainuddin



Aizat



 Mawi



Ifa Raziah



Liyana Jasmay



Amy Mastura






KRU



Raja Ema









Pengiran Mazuin Hamzah











Nanti jap.....ada lagi ni....















Yang ni pun nak interframed jugak.....Miss Kelabu....hehehe




Credited to yahoo images...

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...