Rehat2 tghari ni mula ler aku nak buat luahan perasaan...yelah, sakit hati weiiiii bila baca artikel ni dlm paper....apa ke bodohnya lah pompuan sorang ni....aisshhhhh....
Buat wifey2 kat luar sana tu....jgn ler buat perangai tak cukup umur ni....tak salah kalau nak isi masa terluang tapi agak2lah oooiiii....kalau tak, korang sama ler dgn spesis pompuan ni....beranak je pandai, jaga tak nak....Bengong....
(Credited to http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Biaranaklapar/Article/index_html)
BIAR ANAK LAPAR
Oleh Mary
Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
KETAGIH...Sara (duduk) bermain
permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir
Gudang.
"PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan
menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa
enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk
bermain permainan komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan
permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber
berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak
lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak
memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa
makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.
Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.
Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.
(Artikel ini disiarkan pada :
2012/10/22)
No comments:
Post a Comment