Wednesday, October 17, 2012

CITER PASAL POLIGAMI LAGI....ADUSHHHH....

Ni lagi artikel berkenaan poligami....I have no further comment about this....Its up to individual perceptions and opinions....It is ok or not.....Kita as a woman kena tahu mana letak duduknya kita.....to uphold our own dignity at the right place....Cuma jangan silap percaturan, nanti menyesal tak sudah...Fikirkanlah...

Credited to : Ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 16.10.2012

LONGGARKAN SYARAT BERPOLIGAMI

Oleh : Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, Ampangan, Seremban

"Wanita Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.
Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.
Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini.
Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.
Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.
Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradaban serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.
Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.
Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas.
Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.
Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' seperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.
Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlan sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian"

No comments:

Post a Comment

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...