Credited to http://pakarcinta.com/blog/ciri-suami-dambaan-isteri/
Berikut ciri-ciri suami yang menjadi
dambaan para isteri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti
boleh melakukannya tahap demi tahap :
1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar,
kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika
memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami
kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting
tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan
difahami sahaja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai,
termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam
sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri.
Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula
dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak
atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka
Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak
luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur
dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi
yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya
bertanyakan/meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi
nasihat agar tidak berulang lagi.
4. Menerima pendapat
isteri
Suami sebagai ketua keluarga,
sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan
menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik.
Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak
sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri
sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan
keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri.
Seperti menjaga kesihatan, cara pemakanan, tidur yang cukup dan tidak merokok.
6. Pulang dengan
senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat
suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan
tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri
tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami
boleh berkongsi cerita kepada isteri
dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang
sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki
suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romantis. Memang agak susah
mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang
dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu
tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan atau hari ulang tahun isteri.
Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan.
8. Membantu urusan
rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman
yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan
kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’
meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah
ilmu rumah tangga
Biasanya isteri yang mencari informasi
berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari
informasi dan ilmu mengenai rumah tangga.
"Semoga bermanfaat dari Pakar Cinta"
No comments:
Post a Comment