Thursday, February 28, 2013

TIPS MENEGUR KESILAPAN ORANG

Credited to Artikel Bicara Ikhlas, Mega Agama Utusan Malaysia, published on 27/2/2013

"Tegur menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan Islam. Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.
Kita bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukannya seperti malaikat yang terhindar daripada dosa dan maksiat daripada Allah SWT.
Dengen teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri. Pastinya kita yang hidup bermasyarakat ini pernah mengalami peristiwa ditegur dan menegur kerana kerana kesilapan yang dilakukan.
Kemudian kita dapati ada sebahagian yang dapat menerima teguran dan tidak kurang juga sebahagian yang tidak dapat menerima teguran.
Segala puji bagi Allah bersama-sama orang yang terbuka hatinya untuk menerima teguran dan memperbaiki kesilapan. Namun, cuba kita fikirkan sebab-sebab orang yang tidak dapat menerima teguran. Bahkan kesalahan yang dilakukan tidaklah sebesar mana pun.
Salah satu kebarangkalian orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran itu bukanlah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan, tetapi disebabkan cara dan kaerah teguran yang kurang bijak atau tidak sesuai pada orang yang ditegur itu........"


Tips Menegur Kesilapan Orang 

Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu 

Adalah perlu untuk kita memperbetulkan diri sendiri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain, Bermuhasabah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain. InsyaAllah orang yang ditegur mampu menerimanya.

Gunakan gaya bahasa yang paling sesuai

Cuba menasihati dan memberi teguran dengan cara beradab dan penuh hormat. Tidak secara kasar dan biadab apatah lagi dengan intonasi tinggi dan bongkak ketika memberi teguran. Tegurlah dengan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur. Sebelum memberi teguran cuba didahului dengan kata-kata yang boleh membuat seseorang itu gembira.

Lakukan secara sembunyi

Memberi teguran di khalayak ramai kadangkala boleh menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur. Malang sekali sekiranya dengan teguran itu boleh mencetuskan permusuhan dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Elakkan daripada memalukan orang yang ditegur ketika memberi teguran. Seelok-eloknya biarlah situasi di antara kita dan dia sahaja ketika hendak menegur.




Fokus kepada kesalahan tersebut sahaja

Tiada salahnya menyebut kesalahan orang yang ditegur secara langsung menyebut kesalahannya. Ini adalah satu kaedah memudahkan orang yang ditegur menerima teguran dan memahami atas kesalahan yang dilakukan dengan harapan ia tidak diulangi. Seperti sahabat Nabi yang tidak menjaga pandangan terhadap wanita lantas Nabi nenegur supaya menjaga percakapannya, penglihatannya dan pendengarannya.

Jangan mengungkit-ungkit kesalahan

Manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga seupaya hubungan sesama kita juga turut terpelihara dengan harmoni. Sikap ungkit-mengungkit kesalahan orang yang ditegur boleh menyebabkan orang  yang ditegur rasa lebih bersalah dan seakan-akan tiada harapan untuk diperbaiki. Elakkan daripada sikap ungkit-mengungkit kesalahan orang ditegur. Cubalah memujuk hatinya dan berikan kata-kata semangat supaya ia dapat berazam untuk berubah memperbaiki kesilapan.


Friday, February 22, 2013

SAJA JE NAK CITER...

Dah nak kena balik ke hjg minggu ni?......Harussssssslah.......stok baju keje aku dah abissss......hambik ko.....tu ler psl, tak nak beli sgt washing machine.....jimat konon....tapi last2 baju aku berapa helai je tinggal nak buat g keje.....

Ni ler masalahnya bila ada dua rumah....kalau dah 2 rumah...it means aku ada dua wardrobes...dan maknanya jugak aku ada 2 set baju keje.....Kiranya kat rumah Segamat, baju aku g office.....Rumah kat Bangi, baju aku nak g kursus or meeting kat area Klang Valley.....hahaha.....kalah artis u......


Wardrobe aku kat Segamat....tersangat ler kemasnya....hehehe

Hmmmm....nampaknya kena jugak lah aku htr kain2 yg dah lama bebenor aku beli tapi tak buat2 jgk baju baju kurung....bukan sbb takde duit tapi takde masa nak g htr kat Dzull De Classique kat Kajang...(ye ke?...hehehe...)

Dan satu lg yg best...ada sales lah kat Jusco....(xpecially 4 member card mcm aku ni.....ko ada?...).....baru dpt sms....shopping spree on 21/3 - 3/3.....tapi....aku nak beli apa?....takkan nak beli blouse kot?....or dress?....or long skirt?....isy, karang jarang2 pulak aku nak pakai buat g keje...balik2 baju kurung jugak yg aku rembat....senang....pakai sarung je....tak yah nak butang2 or zip2....leceh.....lagipun, buat penuh almari je....last2....aku bagi kat org jugak...jgn membazir, Allah tak suka....:)


Jusco Cheras Selatan aka Balakong.....port wajib melepak aku n hubby.....

Tik...tok....tik...tok.....lambatnya masa ni gerak....(baru masuk keje, dah pikir nak balik.....bwk bersabarlah weiiiii......hahaha)....Rindunya kat isirumah di Bangi.....My anak2 'bulus' and of coz ler.....my hubby....Wait for me yaa..... :-)



Friday, February 15, 2013

MISS KELABU 'N' BABY PUTIH DI HUJUNG MINGGU

Satu hari di pagi Sabtu.....
[One day in Saturday morning....]

Miss Kelabu : "Berkeroncong pulak perut ni......Isy, laparnya....."
[Miss Kelabu : "I'm starving....."]


Miss Kelabu : "Nak turun bawah lah......Cari apa2 yg patut nak isi perut....."
[Miss Kelabu : "Let's go downstair and get something to eat...."]


 Miss Kelabu : "Nyum........nyum.......burp......Alhamdulillah....."
[Miss Kelabu : "Nyum........nyum.......burp......Alhamdulillah...."]


Miss Kelabu : "Terkenyanglah pulak.....nak buat apa ye lepas ni?......nak pegi main atau kacau Baby?......hmmmm......"
[Miss Kelabu : "I'm full.....what to do next?.....playing or messing around with Baby?....hmmmmm....."]


Miss Kelabu : "Sambung tido lah.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........"
[Miss Kelabu : "Going to sleep its good idea.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......."]



Cerita di pagi Ahad....
[One day in Sunday morning....]

Miss Kelabu : "Bosannya.....tak tau nak buat apa ni..."
[Miss Kelabu : "I'm bored.....nothing to do...."]


Miss Kelabu : "Menyanyi melalak sorang2 lah jawabnya ni.....I'm a barbie doll.....in the barbie world......lalalala......."
[Miss Kelabu : "Let's singing loudly......I'm a barbie doll.....in the barbie world......lalalala......"]



Miss Kelabu : "Terlupa liriklah pulak......hmmmm.....bosannya...."
[Miss Kelabu : "I'm forgetting the lyrics.....hmmmmmm.....so boring....."]


Miss Kelabu : "Berangan lagi bagus.....sambil melayan mata......"
[Miss Kelabu : "Day dreaming is much better......till my eyes close"]




Eh, Baby Putih mana ye?.....Tak nampak pun.....
[Where is Baby Putih?.....Did'nt see her anywhere....]

Laaaa.........tak bangun lagi rupanya.....tgh syok mimpi ler tu.....
[Laaaa........still sleeping......and dreaming]


Baby Putih : "zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............"
[Baby Putih : "zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............"]


Baby.....bangunlah.....hari dah siang ni......
[Baby......wake up.....its morning.....]

Baby Putih : "I'm sleeeeeeeeeeeeeeepy.........pegilah kacau Labu sana....."
[Baby Putih : "I'm sleeeeeeeeeeeeeeepy.........just go and mess around with Labu."]


HAPPY BELATED BIRTHDAY, DEAR.....

Happy belated birthday, my dear hubby.....Sorry lah, lambat pulak nak celebrate sama2 kan?....duduk jauh2 ni, payah.....kesian....huhuhu....hadiahnya pun dah bagi awal2 lagi before his birthday....takut tak sempat nak bagi.....
But anyway, thanx a lot 2 my dearest sis in law yg sudi nak buat acara potong2 kek ni.....and sponsored cake jugak....homemade choco cake from her.....sedap 'n' yummy.....
Berkumpul satu family w/pun tak semua, menikmati kek n of coz ler.....ada pizza lagi......kenyang weiiiii sampai ke tgh malam.....
Next time kita buat lagi, ye......Insyaa Allah......

Birthday cake.....siap letak topping M&M chocolate lagi....


Pizza Domino's with 2 toppings....


Cuba tengok baby Khalisya tu....ralit je tengok kek.....


Nana bergambar dengan pose memek muka yg tetap sama (a girl with brunette hair)


Acara suap-menyuap.....nope, i think.....acara tonyoh-menonyoh....hehehe....


This little girl, Syasya........in action....pose maut gitu.....





NOVEL QASH SHAZWANI : SEINDAH HUJAN CINTA

Hi pembaca2 novel yg tegar.....dah lama aku tak update citer novel2 terbaru n best2 kan?....So, kali ni aku nak share one more novel yg aku rasa dalam kategori best dan wajib dibaca...Memang best pun sbb aku bersengkang mata nak perabihkan novel ni sampai pagi.....mcm2 rasa ada.....sakit hati....sedih....terharu.....huhuhu...kiranya semua adalah.....Pegi keje, mata mcm celik tak celik je......Nak buat camno kan.....dah tak sabar nak baca endingnya.....Lagipun aku ni bukannya jenis baca dari belakang ke depan...tapi tak tahulah kalau uolls baca mcm tu...hehehe....tak thrill lah kalau dah tahu ending dulu.....Sape2 yg belum baca lagi, pegi beli n khatam novel tu....then, uolls boleh nilai sendiri sama ada best atau tidak citernya....betul tak?....

Credited to http://www.karyaseni.my/


“Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada. Betul?”

Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Aneesa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya. Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti ini tidak akan berlaku.


“Rajin juga abang menolong kerja dapur ya! Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap.”

“Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?”

“Memanglah tak pernah suruh Nisa. Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi.”

“Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun. Garang sangat! Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti.”

Aneesa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim. Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Aneesa merelakan dirinya. Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

“Kalau dia berkenan… abang nak bagi Nisa dekat dia?”

“Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni, dia jangan nak buat pasal! Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kasim Selamat.”

“Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang.”

“Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu. Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat.”

Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman. Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.

Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Aneesa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau… adakah janji itu akan dilupakannya?.....


Friday, February 8, 2013

JLN2 KE PETROSAINS, KLCC

Cuti baru2 ni, aku n hubby bwk our nieces g jln2 kat KLCC....kiranya kami tebus balik janji hari tu sbb tak dpt nak bwk diorg g jln2 kat Segamat.....Mula2 planning nak main games kat Berjaya Times Square tp memandangkan nak pegi kat situ, kena byk kali tukar transport (Komuter-LRT-Monorel)....kesian pulak kat mereka....So, we're decided to visit KLCC (Komuter-KLCC) instead of Berjaya Times Square....Kat situ pun ada PetroSains yg boleh kita explore dan aku pun dah lama tak jejak kat sana, so ke sanalah kami....Paid RM70 for 4 persons after discount (Jusco Card Member), berbaloi2 jugaklah pegi ke sana terutama utk budak2 mcm diorg ni....Very exciting with interesting games n adventures....

Tengah tunggu LRT

Posing dulu sebelum masuk

Trying Ride The Hurricane Machine....aku tunggu luar sbb tukang ambik gambar....

Godek...jgn tak godek...

With Albert Einstein

With Poly n Moly

In the market....konon2nya...



Cermin pantulan....muka aku pun dah tak nampak sbb kena flash light 

Me with T-Rex


Him with Fake Volcano

Trying to creating something....Guess what?....

TaDaaaa.....inilah hasilnya....harmonica from straws....

Kat sini lepak lama sbb syok main robot with football

Berangan nak jadi FI racers, girls?.....

Time diorg try sliding games ni, aku dah sakit perut gelak.....kelakar sgt xpecially bila mereka buat bunyi sbb takut dlm terowong tu...dahlah sliding dlm gelap-gelita....boleh dgr dari luar....

Eventhough gayat but diorg main twice...itupun nak try lagi kalau tak dihalang....

Be a virtual goalkeeper

In 3D cinema

Islamic World Exhibition

I don't know what game they actually trying to do....hmmmm.....Just snap the photo...


Ada muka aku je.....hehehe....

Sebelum hantar diorg balik, singgah Tutti Fruiti dulu....my favourite ice-cream...

Mine with chocolate n vanilla, as usual....and their with choco strawberry + gummy bears + marshmallow....so yummy....


Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...