Thursday, February 28, 2013

TIPS MENEGUR KESILAPAN ORANG

Credited to Artikel Bicara Ikhlas, Mega Agama Utusan Malaysia, published on 27/2/2013

"Tegur menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan Islam. Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.
Kita bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukannya seperti malaikat yang terhindar daripada dosa dan maksiat daripada Allah SWT.
Dengen teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri. Pastinya kita yang hidup bermasyarakat ini pernah mengalami peristiwa ditegur dan menegur kerana kerana kesilapan yang dilakukan.
Kemudian kita dapati ada sebahagian yang dapat menerima teguran dan tidak kurang juga sebahagian yang tidak dapat menerima teguran.
Segala puji bagi Allah bersama-sama orang yang terbuka hatinya untuk menerima teguran dan memperbaiki kesilapan. Namun, cuba kita fikirkan sebab-sebab orang yang tidak dapat menerima teguran. Bahkan kesalahan yang dilakukan tidaklah sebesar mana pun.
Salah satu kebarangkalian orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran itu bukanlah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan, tetapi disebabkan cara dan kaerah teguran yang kurang bijak atau tidak sesuai pada orang yang ditegur itu........"


Tips Menegur Kesilapan Orang 

Mulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu 

Adalah perlu untuk kita memperbetulkan diri sendiri dahulu sebelum memperbetulkan orang lain, Bermuhasabah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain. InsyaAllah orang yang ditegur mampu menerimanya.

Gunakan gaya bahasa yang paling sesuai

Cuba menasihati dan memberi teguran dengan cara beradab dan penuh hormat. Tidak secara kasar dan biadab apatah lagi dengan intonasi tinggi dan bongkak ketika memberi teguran. Tegurlah dengan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur. Sebelum memberi teguran cuba didahului dengan kata-kata yang boleh membuat seseorang itu gembira.

Lakukan secara sembunyi

Memberi teguran di khalayak ramai kadangkala boleh menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur. Malang sekali sekiranya dengan teguran itu boleh mencetuskan permusuhan dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Elakkan daripada memalukan orang yang ditegur ketika memberi teguran. Seelok-eloknya biarlah situasi di antara kita dan dia sahaja ketika hendak menegur.




Fokus kepada kesalahan tersebut sahaja

Tiada salahnya menyebut kesalahan orang yang ditegur secara langsung menyebut kesalahannya. Ini adalah satu kaedah memudahkan orang yang ditegur menerima teguran dan memahami atas kesalahan yang dilakukan dengan harapan ia tidak diulangi. Seperti sahabat Nabi yang tidak menjaga pandangan terhadap wanita lantas Nabi nenegur supaya menjaga percakapannya, penglihatannya dan pendengarannya.

Jangan mengungkit-ungkit kesalahan

Manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga seupaya hubungan sesama kita juga turut terpelihara dengan harmoni. Sikap ungkit-mengungkit kesalahan orang yang ditegur boleh menyebabkan orang  yang ditegur rasa lebih bersalah dan seakan-akan tiada harapan untuk diperbaiki. Elakkan daripada sikap ungkit-mengungkit kesalahan orang ditegur. Cubalah memujuk hatinya dan berikan kata-kata semangat supaya ia dapat berazam untuk berubah memperbaiki kesilapan.


1 comment:

  1. This is very interesting, You are a very skilled
    blogger. I have joined your rss feed and look
    forward to seeking more of your fantastic post. Also, I've shared your site in my social networks!

    Review my web blog; forex signal blog

    ReplyDelete

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...