Friday, January 18, 2013

I'VE GOT EMAIL (1) : 'KUCING'

(One of the emails I received from my dearest friend)

Budin seorang yang amat benci kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing.
Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutamanya si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.
Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayangkan si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah.
Makan, bermulalah rancangan jahat Budin.

Pucuk dicitam mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km, lalu dihumbanlah di Tompok tanpa belas kasihan.
Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah, si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pinta lagaknya menyambut kepulangan Budin.
Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya.
Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya.
Tetapi seperti semalam, Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah.
Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang menyeluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini di bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.
Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang bengkok, segala corner, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang beberapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah....
Budin : Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?
tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar....
Gayah : Ada....ada dekat dengan pintu tu ha.....Kenapa?
tanya Gayah kehairanan.....
Budin : Panggil dia !
herdik Budin dengan nada yang tinggi....
Gayah : Kenapa?
tanya Gayah lagi....
Budin : Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku dah sesat ni!!!!!!!!!!!!!!!!!....




1 comment:

  1. Many thanks extremely handy. Will share site with my good friends.

    peluang usaha .

    ReplyDelete

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...