Friday, December 28, 2012

HARI KELUARGA JPPH SEGAMAT 2012

Hi uolls.......Sabtu 22/12/2012 baru2 ni, JPPH Segamat adakan Hari Keluarga 2012 di A Famosa Waterworld Resort, Melaka.....Walaupun staf tak ramai tapi family yg dtg ramai jugak....hampir 90 org semuanya....Seronok tu memanglah seronok tapi oleh sbb kaki aku dah tercedera, tak dapatlah nak terjun tiruk dlm air....huhuhu.....Kesian hubby aku....dia pun tak nak mandi sorang2 so terpaksalah temankan aku jln2 pusing keliling tpt tu....dah mcm dating kat taman bunga pulak....hehehe.....

Persiapan menjelang Hari Keluarga





It's time to start


Suasana hening di pagi hari...

Kita lepak2 dulu

Sorang2 dah sampai....








Yo yo ooo je aku ni.....macamlah reti.....hahaha

My bachelor man....Single but not available...En Abu Huzaifah with her ehemmm.....ehemmmm......"Abu, bila nak 'kopak dinding, kopak dinding, kopak dinding' ni?....hehehe"





MC kita pada hari tu....En Raes....

Pembaca doa....En Farais

Aku berkarok pagi2 hari......hahaha....

Sesi nak start bergambar....tengah carik port yg sesuai....

1.....2......Smile.....

Cheers.....


Game Cups Of Water



Stategi budak2 pandai nak bawak air dalam cawan bocor....



Game Kangaroo Relay

Kesian pulak aku tengok budak2 ni....jenuh jugak nak kepit2 belon...

Posing dulu sebelum start game


Game Fire Man Race

Kerja aku tukang isi air dalam hos je....hehehe...

Memang ada tokoh jadi fireman ni....


Tinggi mana lagi nak diangkat tu...




Game Coconut Bowling


Nak start baling pun ada gaya.....jangan tak tau....

Kita tengok style balingan mana yang lebih bergaya......Style 1

Style 2

Style 3

Style 4

Style 5......Mana yang lebih bergaya?.....Pilih sendiri...


Game Couple Splash



Macam2 cara lontar yang ada....


Aksi penonton








Penyampaian hadiah.....Tahniah kepada semua pemenang....












Selitkan jugak gambar orang kuat program...Mastermind Cik Siti Fatimah....TQVM....

Lucky Draw....

My officer....En. Ezuan.....1st luckiest name...

AJK hadiah pun menang jugak....Pn Hafidah....tahniah....

Pn Asmah too....

Aku pun menang jugak....hoooraayyyyyyyy......

Our Camera Man....En Saiful Idham also won the prize...


Cenderahati untuk peserta

Yang tukang bagi hadiah pulak terlebih posing.....hehehe.....



Masa bersantai

Oleh kerana aku tak g main air.....huhuhu....aku bersantai2 je sambil minum ABC....


.....dan makan jambu batu......jadi ler....

Sesak bila time balik dari arah Klang Valley ke Selatan......

Hamper yang aku dapat....Like3x


So, pada hari tu aku happy sangat2 sbb Alhamdulillah program Hari Keluarga berjalan dengan baik......Aku nak ucap terima kasih byk2 kpd staf2 JPPH Segamat terutamanya Mastermind kami, Cik Siti Fatimah kita yang bertungkus-lumus memastikan semua org happy.....InsyaAllah, kita buat lagi ek.....

Friday, December 21, 2012

OBESITI.....



Apa yang uolls pikir bila tgk gambar ni?......Kalau rasa badan dah sedang2 ok, rasanya uolls takde pikir apa2 kot....sbb badan still maintain cun lagi....Tapi kalau rasa badan dah semakin montel (macam aku ni....huhuhu)....uolls agak2 apa yg aku pikir sekarang?Takut......Resah.....Gelisah.....Sedih pun ada....
Apatah lagi kita sbg org pompuan dan lebih2 lagi yang telah berkahwin, mmg part ni kena jaga elok2.....Cakap mmg senang, tapi nak buat tu.......adoyaiiiii......jenuh ko......
Macam aku ni ler......badan mcm dipam2...terasa kaki makin kecik je sbb badan dah rasa makin besor....balancing pun dah lari....hehehe.....
Lagi2 yang dah beranak-pinak....lagi kena maintain....pandai pasang badan....kalau tidak, habishhhhh......

So, bila aku tgk iklan kat bawah ni, tergerak hati jugak aku nak share some articles yg aku dpt, hasil surfing dari blog ke blog....website ke website....apa kebenda OBESITI ni?
Sama ada uolls nak try atau tidak, tips bagi mengelak Obesiti ni, terpulang kpd masing2....
Yang senangnya nanti, kita jugak.....Yg bahagianya nanti pun, kita jugak kan......

Credited to :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120812/kn_01/Obesiti---ibu-segala-penyakit#ixzz2FT13SeLU
http://www.awaksihat.com/kira-berat-indeks-jisim-tubuh-anda-bmi
http://deheartyku.blogspot.com/2012/04/tips-kurangkan-berat-badan-oleh-pakar.html



Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. 
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 
Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Dengan ertikata lain, obesiti berlaku apabila berlebihan berat badan.
Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. 

Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. 
Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. 
Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.
Obesiti juga adalah punca utama segala penyakit lain. 
Ini adalah kerana obesiti boleh menyebabkan pelbagai keadaan serta masalah berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Mereka yang tergolong dalam obesiti, apabila...
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. 

Masalah timbul apabila orang ramai tidak menganggap ia sebagai satu penyakit dan hanya menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.

Terdapat 7 cara untuk mencapai berat badan yang unggul iaitu :

1. Ketahui jisim tubuh (BMI) anda

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)



Indeks Jisim Badan
Status
BMI
Kurus
Kurang 20.6
Normal
20.7 - 26.4
Gemuk
26.5 - 30.9
Obesiti
31.0 - 45.2
Bahaya
Lebih 45.3

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 iaitu di bawah status normal

2. Makan ikut keperluan 


Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Jenis makanan
Gram lemak setiap sajian
% kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa
11.8
39
Hot dog
14.5
54
Kentang goreng
20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun
10.1
61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh
4
94
Sos salad - 2 sudu makan
11.1
85
Kek keju
16.3
57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan
0.2
9
Roti - 1 keping
1.1
16
Mil oat - 1 cawan
2.4
15
Buah epal - 1 biji
0.5
6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang
0.2
1

Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.


3. Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama

Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.

Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.

Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.

Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.


Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.

5. Tingkatkan tahap aktiviti fizikal anda - amalkan 10,000 langkah setiap hari


Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. 
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. 
Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. 
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda.
Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Ada satu cara yang paling mudah dan boleh dilakukan setiap hari iaitu mengamalkan 10,000 langkah.


6. Percaya anda boleh lakukan

Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).

Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.

Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.

7. Mendapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga

Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.


Monday, December 10, 2012

"WHO AM I?".....THE REVEAL

Hello guys....Sorry 4 taking so long to update my entry...Sibok bebenor lah sekarang....meeting sana, meeting sini.....mengalahkan pak menteri.....hehehe.....konon......So, r u ready to know the answers 4 the previous guessing game "Who Am I?".....Let's check it out....



1.   Your Word

2.   A Promise

3.   Silence

4.   Footsteps

5.   Your Age

6.   An Anchor

7.   A Candle

8.   A Shadow

9.   A Pencil

10. Your Name

11.  A Pillow

12.  A Stamp

13.  A Sponge

14. The Post Office

15. Your Breath

16. A Piano

17. A Map

18. The Wind

19.  A Chair

20.  Stars

21.  A Human

22.  A Comb

23.  A Fork

24.  A Cloud

25.  A Battery

26.  A Plane

27.  An Elephant's Shadow

28.  GRAPE


Who's get all the correct answer?......Plz raise up ur hand.....U?.......
Congratulations..................28/28 points for u......
U r super genius.......hehehe.....



Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...