Friday, February 18, 2011

HARI LAWAK SEDUNIA...

Hari ni aku posting citer2 lawak yang best2 punya khas utk u all....Kalau nak baca lagi lawak2 lain pulak, layar blog ini....Credited to http://www.skycrewz.net/blog



Citer 1 : Kalo binatang ada facebook… agak-agak apa status mereka…??

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
Aedes : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…
Nyamuk : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
Tikus : Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?



Citer 2 : Resume…

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father’s name: Daddy
Father’s IC: You ask him
Mother’s name: Mummy
Mother’s IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification:Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?




Citer 3 : Kereta Sudah Penuh

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,
Ibu : Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah : Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu : Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata…
Anak : Abah, umi… Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik ‘LAPANG’…!!!



Citer 4 : Jin Cerek Ajaib


Seorang pemuda yang sedang terdesak di padang pasir yang panas terik, menginginkan sebuah rumah untuknya berteduh. Tetiba lak terjumper satu cerek, (lampu ajaib la konon). Nak dijadikan cerita, bermula la dialog antara dua makhluk tuh.
pemuda 2 pun gosok la cerek 2…
(tetiba kuar asap bekepul2 dari cerek tuh)
JIN :ei!! ape gosok2 nih!! geli taw!!
pemuda : ek’eleh..kan slalu cengitu.
jin : aku jin beriman lar.kasi la salam
Pemuda : assalamualaikum jin
jin : walaikumsalam.ha mcmtu la.So,ko nak aper nih?cepat sket,aku tgh main psp ni
Pemuda : aku nak sebuah rumah.
JIN : Hampeh ko! aku pun tinggal kat dalam cerek,ko senang2 je nak mintak rumah.tendang kang,padan muke ngko.


Citer 5 : Lawak Sarjana

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”




Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain :

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri :

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

 
Citer 7 : Nama Jepun

Citer 6 : Puisi

1. Yang pemarah – KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka barang mahal – SATO SUKAMURA
3. Yang bisu – KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose – NANACHI HITOSI
5. Yang suka lagu blues – APO NADIKATO
6. Yang suka belajar – ASIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin ribut – WAKASI HURUHARA
8. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
9. Yang suka sangat tido – MEKA TIDOMATI

 
Citer 8 : Pemandu Teksi
Dalam sebuah teksi yg menuju ke bandar, seorg  penumpang ingin bertanya kpd pemandu  teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak dapat mengawal kenderaannya dan  hampir melanggar sebuah bas. Nasib baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi, kedua-duanya cemas.
Kemudiannya  pemandu teksi berkata,.. “Hei …  awak jangan buat macam tu lagi tau. Awak buat saya takut. Penumpang itu minta maaf sambil berkata, “Saya tak  sangka awak takut macam tu  sekali. Saya cuma tepuk bahu awak je.” Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik, sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi … sebelum ni dah 25 tahun saya bawak kereta jenazah…..paham2 jer lah ye…"




No comments:

Post a Comment

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...