Koleksi Citer2 Lawak...Thanx 2 http://melayuboleh.8forum.net/t15p60-koleksi-cerita-lawak-pendek
Nenek Tua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”.
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”.
Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?”
“Bila dia menangis”.
“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”
“Sebabnya aku lupa. di mana aku letak bayiku tadi..”
Panadol
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
Jejaka Sempurna
Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.
"Jejaka yang ku kahwini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada di rumah!"
Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!"
Disko XYZ
Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.
"Bini aku dah berlaku curang terhadapku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah. dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?".
"Bertenang", kata si teman. "Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu."
huhuhuhu…. hampeh punya kawan….
Main-main Menyelam
Suatu hari di tepi sungai ada 3 orang budak iaitu Samad, Gidol & Ucih main-main menyelam. Semasa sibuk bermain mereka pun bercerita tetang kehebatan abang-abang mereka menyelam.
Samad : Abang aku boleh menyelam selama 1 jam.
Ucih : Wah, ko tetap kalah dengan abang aku yang boleh menyelam selama 1 jam 5 minit.
Gidol :Cis bangga sangat korang. Abang aku lagi hebat dia dah menyelam 5 hari lalu sampai sekarang tak timbul-timbul lagi........
Pos Surat
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab atoknya
Cucu bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Pendek dan Panjang
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.
Guru : Kamu ni murid baru kan?
Murid : Ya.....cikgu!
Guru : Nama kamu siapa?
Murid : Mat.
Guru : Nama panjang kamu?
Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!
Guru : Besok saya gelak!!
Pembantu Rumah
Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan, jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi. Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan., saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang, saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam..........."
Sad Ending
Pada suatu malam, terdengar dialog-dialog ini di dalam sebuak bilik.
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad ending lah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah
Jual Telur
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Cucur Udang
Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsengan lagi...
Setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
Adalah pada satu hari tu dgn tiba2 datanglah sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...
dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pun kata..." Dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak" dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya... "ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising...tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising
pulak".
Ok, Dah Kena!
Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”
Ujian Darah
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
Ilmu Hitam
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid.
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah. “Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”
“Sila Datang Lagi”
Pada suatu hari,dua orang pekerja di sebuah kedai emas merungut kerana dimarahi oleh bos mereka kerena kedai mereka telah dirompak buat kali yang kesepuluh (sama macam ulang tahun kedai tuuuuu ).
Pekerja 1 :Apasal kedai kita je yang kena rompak.
Pekerja 2 :Ini semua salah bos la........
Pekerja 1 :Kenapa kau cakap macam tu?
Pekerja 2 :Ye la.....sape suruh dia letak papan tanda "sila datang lagi"
Atuk Berpeluh
1 mayat orang tua dikeluarkan dari peti ais untuk di kebumikan.... setelah di keluarkan, ada air mengalir di muka orang tua tersebut. dengan rasa ketakutan cucunya memanggil neneknya.....
cucu : nek...,atuk kuar peluh..
Nenek :00000....atuk kamu first time meninggal mestilah nervous ckit...
Berpisah
Lelaki: Sudah sampai masanya kita berpisah...
Gadis: Berpisah?! kenapa?! kenapa baru sekarang? kenapa tak 2-3 tahun dulu?!
Lelaki: Kita harus berpisah jugak!
Gadis: Apa salah saya? kalau ada salah saya janji akan berubah isk isk isk.....
Lelaki : Dah malam kenalah berpisah !! kau tak nak balik ke?!!
Berapa Jumlahnya??
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota..
Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..
"Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"
Kisah Si Kembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
Bunyi Apa Tu??
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong. Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta.
Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.
More Emoticons at DesiComments.com