(Credited to Puan Noraini Mohd Hanafiah from Academy Communication Etiquette and Protocol - ACCEPT)
GAYA DIRI
A. Berdiri - Gaya berdiri seseorang itu menunjukkan perwatakannya
- Berdiri tidak boleh diam, sentiasa menggerakkan kaki atau badan : seorang yang keadaannya tidak tentu arah, sikap dan fikirannya sentiasa berubah, sentiasa bersedia untuk bertindak dan tidak boleh menerima perubahan
- Bercekak pinggang : keras kepala
- Memasukkan tangan ke dalam kocek seluar : sentiasa berfikir
- Berpeluk tubuh : berkeyakinan diri tetapi tidak suka dihampiri
- Tubuh badan (posture) hendaklah berdiri betul iaitu dada ke hadapan (bukan mendabik) dan perut ke dalam
- Tangan di sisi badan
- Air muka menampakkan ketenangan
- Sentiasa memberi senyuman dan dalam keadaan selesa
- Kaki terbuka sedikit
B. Gaya Duduk
- Duduk tegak
- Menyandar 2/3 daripada belakang anda ke penyandar kerusi
- Rapatkan kedua-dua lutut dan kaki diserong ke tepi kerusi atau ke sebelah yang berlawanan dengan arah duduknya tetamu dengan kedua-dua kaki mencecah lantai
- Tangan hendaklah diletakkan ke paha dan jangan terlalu kerap menggerakkan tangan dan kaki semasa duduk
- Elakkan diri dari menggoyangkan kaki
- Elakkan duduk secara cross-legged atau paha di atas paha
C. Gaya Berjalan
- Berkeyakinan
- Tegak
- Rapatkan kaki semasa melangkah
- Pandang ke hadapan dan jangan terlalu menundukkan kepala semasa berjalan
- Bidangkan dada dan kempiskan perut (kawal otot perut) dan tanah nafas di perut dan bukan di hidung
- Jangan melenggang-lenggangkan tangan, hayun tangan beberapa sentimeter ke hadapan dan ke belakang
- Gerakkan tangan berlawanan dengan kaki
- Langkah yang sederhana luas, jangan terburu-buru
D. Naik Tangga
- Badan tidak terlalu membongkok
- Bongkok sedikit sahaja dari bahagian punggung
- Gunakan kaki kanan untuk naik ke anak tangga pertama
- Seluruh kaki kanan diletakkan di atas anak tangga pertama
E. Kesopanan Keluar Masuk Dari Kereta
- Masuk : Melabuhkan punggung ke kerusi kemudian rapatkan dan angkat kedua-dua kaki masuk ke dalam kereta
- Keluar : Rapatkan kedua belah kaki, cecahkan kedua belah kaki ke luar, barulah angkat punggung dan berdiri tegak
Jika suami memandu, isteri masuk dahulu baru suami masuk.
F. Berjalan Di Tepi Jalan
Apabila suami isteri bersiar-siar di sesuatu tempat dan sedang berjalan di tepi jalan, SUAMI hendaklah :
- Berada di 'kawasan merbahaya'
- Sentiasa awasi kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang
- Memberi bantuan menyeberangi jalanraya
Apabila menaiki tangga bergerak :
- Isteri dahulu dan suami mengekori dari belakang
- Dalam posisi sedemikian, dapatlah suami memberi bantuan jika perlu
- Suami turun dulu
- Suami dapat memberi bantuan jika perlu
- Masuk atau keluar dahulu sesiapa yang berhampiran dengan pintu
- Beri laluan untuk orang keluar lif dulu