Tuesday, November 27, 2012

ARTIKEL : TERAPI CARI JODOH

Artikel aku nak share kali ni bukan bertujuan utk menyindir tetapi hanya ingin berkongsi artikel yg aku baca di samping mungkin boleh membantu mereka yg berkenaan........Sharing is Caring, right?.....
Tapi mereka yg berkenaan ni aku tujukan kpd mereka yg 'benar2 berkenaan' sahaja dan bukannya kpd pokcik2 kat luar sana yg berangan2 nak pasang lebih tu.....prohibited okay......
So, kpd 'mereka yg berkenaan'.....terpulang nak try atau tidak....kita mencuba sahaja tapi hanya kuasa Allah yang menentukan......betol tak?......


TERAPI CARI JODOH

Credited to Rosmah Dain (Utusan Malaysia)
Published on 27/11/2012 

Dikatakan pada zaman sekarang, masih ramai di kalangan wanita yang masih belum bertemu jodoh. Mungkin atas faktor kesibukan kerja, pendapatan yang tinggi serta tidak berjumpa pasangan yang diingini, ini sepatutnya tidak menjadi tidak menjadi alasan kepada golongan ini untuk tidak mencuba mencari pasangan yang sesuai.

Masalah tidak mendapat jodoh ini sebenarnya bukan tertakluk kepada wanita sahaja, sebenarnya ramai di kalangan lelaki juga mengalami masalah yang serupa.

Akibat terlalu pemalu, pergaulan yang terbatas, malah tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkan bakal isteri yang sesuai, golongan lelaki pun sepatutnya perlu mandapatkan nasihat bagaimana untuk berkenalan dengan wanita yang baik.

Menurut Penasihat Program Jodoh Annabella House of  Therapy, Suhana Ahmad Marzuki, biasanya mereka yang datang ke pusat terapi ini untuk meminta bantuan bagi mendapatkan jodoh berusia dalam lingkungan 30-an ke atas iaitu wanita dalam lingkungan 30 tahun dan lelaki pula 35 tahun.

Malah, yang mencari jodoh ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang masih bujang sahaja, malah ia juga terbabit kepada mereka yang berstatus janda dan duda.

"Faktor kesepian adalah punca utama mengapa mereka yang berusia 30-an ini bergegas untuk mencari pasangan masing-masing."

"Mungkin pada asalnya kita melihat wanita atau lelaki yang berusia ini senang dengan keadaan yang mereka lalui, tetapi lambat laun perasaan sunyi akan datang kepada mereka. Ada yang melaluinya dengan tenang, tetapi ada yang tidak."

"Selain itu desakan keluarga dan ibu bapa juga antara faktor mengapa mereka akur untuk mencari pasangan," katanya yang mempunyai ijazah dalam bidang psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Suhana, selalunya mereka yang berdepan dengan isu kesukaran mendapatkan pasangan ini apabila mereka meletakkan kedudukan dalam satu statement yang negatif pada minda bawah sedar mereka.

Mungkin mereka berasakan kurang keyakingan diri, menganggap diri tidak cantik, terlalu memilih, trauma dengan kisah masa lalu atau ibu bapa dan keluarga yang terlalu memilih.

"Apabila sampai ke tahap ibu bapa pemilih menyebabkan siapa sahaja pilihan anak-anak tidak mendapat tempat di hati kerana asyik melihat ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Suhana, menerusi sesi terapi minda yang dijalankan di Annabella House of Therapy membantu menghapuskan pemikiran negatif pada minda dan cuba mendekatkan individu berkenaan pada keadaan yang bersesuaian dengan mereka.

"Di pusat terapi ini, kita sendiri telah mempunyai data-data daripada pelanggan kita. Dari situ kita akan perhalusi satu-persatu untuk mempertemukan mereka dan cuba mengikut kriteria yang individu itu mahukan yang telah kita ketahui menerusi terapi sharing yang dijalankan."

"Terapi sharing ialah langkah pertama yang dilakukan oleh pusat terapi ini untuk mencungkil masalah atau perkara yang dipendamkan selama ini kerana terlalu malu untuk meluahkannya."

"Jika pada sesi pertama nampaknya masalah itu ternyata agak berat, individu akan disyorkan untuk datang ke sesi terapi buat kali kedua dan seterusnya. Jika didapati individu itu agak tertekan, pusat terapi akan mencadangkan untuk melakukan sesi terapi minda kepada pelanggan berkenaan," katanya.

Menerusi terapi minda ini katanya, pihaknya akan mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi dengan cara scanning dan kemudian cuba memadam atau menformatkan kembali memori lampau di minda bawah sedar client ini satu-persatu sambil cuba mengisi bayangan yang positif.

Seterusnya, kata Suhana, selepas terapi ini, pasangan akan dipertemukan dengan individu yang dicadangkan di pusat itu dengan dipantau oleh seorang ustaz atau ahli panel pusat terapi.

Sepanjang sesi suai kenal berlangsung, pusat terapi ini boleh menjadi pusat rujukan sekiranya sepanjang perkenalan pasangan menghadapi masalah.

Jelas Suhana selepas lebih dua tahun program berkenaan dijalankan di pusat terapi itu, kira-kira 90 peratus pasangan yang dipertemukan berjaya mengenali hati budi masing-masing dan sudah pun mendirikan rumahtangga.

Setakat ini katanya, ramai yang telah berdaftar dengan pusat terapi berkenaan untuk cuba menanti mendapatkan pasangan yang sesuai.

Bagi mereka yang mahu mencuba, dapatkan perkhidmatan program pencarian jodoh di Annabella House of Therapy yang terletak di Prima Saujana Kajang atau hubungi talian 03-87500213 atau layari www.annabella.com.my untuk pertanyaan lanjut.

Sape2 mereka yang berkenaan berminat, boleh try surf website ini...



No comments:

Post a Comment

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...