MENGAPAKAH KITA MENGUAP?
Anda juga akan menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.
Pelbagai teori telah dikemukan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap.
Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi.
Oleh itu, perbuatan menguap yang berlaku automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak.
Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semulajadi tubuh untuk menyejukkan otak.
Namun, sejauh mana kebenaran teroi tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat.
APAKAH GLASIER?
Apabila anda melihat di kawasan kutub, pastinya akan mendapati Galsier atau glasiar atau sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar dan kajian saintifik glasier dinamakan sebagai glasiologi.
Asalnya glasier terbentuk daripada salji yang turun di kawasan pergunungan, lalu mengalir turun ke bahagian bawah pergunungan.
Hasil tarikan graviti, salji yang membeku menjadi ais dan turun ke kaki gunung melalui lurah glasier.
Di sepanjang sungai glasier, terbentuk pelbagai rupa bumi yang dikenali sebagai morain, drumlin, esker, sungai glasier, tasik fiord, puncak piramid, rabung arete, kame, kettels dan pelbagai lagi.
Kadangkala akan kelihatan iceberg atau bongkah ais di kawasan yang mencantikkan panorama terutama ketika terkena sinaran matahari.
MINERAL MENGANDUNGI PELBAGAI SEBATIAN GALIAN
Apakah benda yang selalu anda bawa ketika perjalanan jauh, sama ada menaiki kenderaan, berjalan kaki, berjoging atau berlari pantas?
Sebotol air mineral biasanya menjadi peneman setia untuk menghilangkan dahaga. Tidak kira apa saiz botol yang anda bawa, air mineral jarang ditinggalkan malah bagi sesetengah orang, botol air mineral mesti sentiasa ada dalam kenderaan mereka.
Air mineral yang disebut juga sebagai air galian yang mengandungi mineratl atau bahan-bahan larut lain yang mengubah rasanya atau memberinya nilai terapeutik.
Sebatian garam, sulfur dan gas-gas adalah di antara bahan yang larut di dalam air dan boleh disediakan atau boleh didapati dari mata air semula jadi.
Dalam kebanyakan tempat, air mineral selalunya dirujuk kepada bahasa percakapan yang membawa maksud air bikarbonat, yang mana air tersebut biasanya adalah air mineral yang dikarbonatkan, berbeza dengan air paip.
Tapi jangan keliru dengan air dalam botol yang jernih kerana isi kandungannya tidak semestinya air mineral kerana mungkin air paip atau air osmosis balikan (RO)
Perhatikan label di botol anda.
MANISNYA MADU
Madu merupakan cecair yang dihasilkan oleh lebah, menyerupai sirap namum madu lebih kental dan manis.
Rasa manis di dalam madu adalah disebabkan oleh unsur monosakarida fruktosa dan glukosa yang memiliki sifat atau rasa manis hampir sama dengan gula.
Malah, kebanyakan mikro-organisma tidak mampu berkembang biak di dalam madu kerana kandungan airnya yang amat rendah iaitu sekitar 0.6%.
Kelebihan kandungan kimia serta air yang kurang di dalam madu, membolehkannya tahan lama biarpun disimpan pada suhu bilik.
SARANG LABAH-LABAH TERHASIL DARIPADA PROTEIN
Labah-labah merupakan haiwan invertebrata yang menghasilkan benang sutera yang mebina sarang.
Serangga tersebut dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknik yang lebih besar.
Kumpulan araknid turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit dan falangid dan kajian terhadap labah-labah dikenali sebagai araknologi dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.
Sarang labah-labah diperbuat daripada sutera, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasannya, terdapat pada hujung abdomennya.
Sutera labah-labah adalah lima kali ganda lebih kuat berbanding besi keluli dan kesemua labah-labah menghasilkan sutera.
Credited to Majalah ESTIDOTMY (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
Published on 28/11/2012 Edisi 133
No comments:
Post a Comment