Wednesday, October 17, 2012

CITER PASAL POLIGAMI LAGI....ADUSHHHH....

Ni lagi artikel berkenaan poligami....I have no further comment about this....Its up to individual perceptions and opinions....It is ok or not.....Kita as a woman kena tahu mana letak duduknya kita.....to uphold our own dignity at the right place....Cuma jangan silap percaturan, nanti menyesal tak sudah...Fikirkanlah...

Credited to : Ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 16.10.2012

LONGGARKAN SYARAT BERPOLIGAMI

Oleh : Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, Ampangan, Seremban

"Wanita Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.
Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.
Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini.
Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.
Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.
Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradaban serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.
Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.
Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas.
Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.
Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' seperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.
Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlan sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian"

Tuesday, October 16, 2012

ARTIKEL 'CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI'

Aku sejak dua menjak ni suka surf 'n' baca artikel2 menarik yg aku rasa boleh share dgn uolls semula....Apatah lagi yang berkaitan dgn hal suami-isteri.....At least dari situ aku dapat belajar sesuatu yg baru dan menyedari sesuatu yang kdg2 kita tak sedar dan tak ambil tahu....Tapi yg paling bestnya.....kalau artikel pasal suami2 kita ni....Suka jugak aku nak share supaya mereka juga turut sedar dan tahu apa perasaan kita, keinginan kita serta impian kita.....So, for today i want 2 share this article...quite interesting...expecially for mr2 hubby outside there...knowing your wife deeply, will leave NO single regret in your life to be with her...Am i right, guys?...


Credited to http://pakarcinta.com/blog/ciri-suami-dambaan-isteri/
Ditulis Oleh Aku Islam Pada 12 Jun 2012 Kategori : Kuliyyah Cinta
Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para isteri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti boleh melakukannya tahap demi tahap :
1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi.
4. Menerima pendapat isteri
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, cara pemakanan, tidur yang cukup dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romantis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan.
8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga.
"Semoga bermanfaat dari Pakar Cinta"


Monday, October 15, 2012

CHAT ABOUT 'AKU TERIMA NIKAHNYA'

"Dengan Lafaz, AKU TERIMA NIKAHNYA, Kau Milikku"......

Syahdu giler bila tgk citer ni....dialog2nya....menyusup jiwa...meleleh jugaklah weiii.....

Dapat jugak aku tgk setelah berhempas-pulas memujuk mr. hubby temankan aku...Yelah, nak jugak aku tengok citer syahdu-mahdu ni sekali-sekala...last filem genre romantika de amour yg kitorg tengok citer Ombak Rindu...Itu lagi ler tak boleh citer...sob...sob...sob....banjir oooo....
Filem Aku Terima Nikahnya ni dah lama aku tunggu...Yelah sejak diheboh2kan citer ni...Penangan 'Tentang Dhia' lah ni...tak sabor2 nak tgk Adi Putra dan Nora Danish lagi....So sweet....
Memang ramai mention citer ni cedok dari filem 'The Vow' acted by Channing Tatum and Rachel McAdams...tapi aku tak kisah pun sbb yg tu versi orang puteh...yg ni versi org melayu...sama atau tidak, itu pendapat masing2 kan...
Tapi for sure, citer ni memang romantik...Aku paling suka part Johan (Adi Putra) melamar Arlisa (Nora Danish)...zaman dah moden so melamar pun cara canggih-manggih ler...guna Ipad u...no more flowers or down to the knees...Dan ada ler jugak adegan ehemm....ehemmm ni tapi biasalah citer org melayu kan...takdelah melampau bebenor.....So, aku tak nak citer berjela2 nanti tak best pulak sbb mungkin ada uolls yg belum tgk lagi...Pegi lah tengok...Sape2 yg berjiwang karat ni terutamanya yg dah kahwin ni, memang sesuai sgt2 pegi tgk citer ni....Kalau boleh, bawak hubby2 sekali....Mood novella romantika gitu.....Boleh tangkap leleh sama2 u....So, pegi... jgn tak pegi ye....Enjoy...

Sinopsis :

Aku Terima Nikahnya mengisahkan Johan (lakonan Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga telah berhadapan dugaan terbesar apabila Johan mengalami kemalangan.
Akibat kemalangan tersebut, Johan telah hilang ingatan dan disahkan mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Selective Amnesia. Ia menyebabkan Johan sekadar mengingati perkara yang berlaku sehingga usianya 31 tahun, iaitu dua tahun sebelum dia mengenali isterinya itu.









Friday, October 5, 2012

BUAT SUAMI2 DI LUAR SANA....HARUS BACA...

Hari ni aku nak share satu artikel yg aku baca via news online....Rasanya ada moral of the story dlm artikel ni...Memang harus dibaca oleh suami2 yang ada ber'niat' nak sediakan payung emas utk isteri....Bukannya apa, at least kena pikir panjanggggggg dulu, campur tolak bahagi darab...mampu ke nak tanggung ramai2 bini.....Mampu ni bukan setakat makan minum je tau tapi dari segi lahiriah dan batiniah pun kena pikir jugak...Am i right, ladies?....So, tak nak pjg2 citer....Let's read the article below...



Mahu tambah isteri? Baca ini dulu ...
MUHAMAD MAT YAKIM
28 September 2012
Kepada yang berhajat, cerita ini mungkin boleh jadi iktibar.

Saya bukan penentang poligami. Jangan salah anggap. Kepada yang layak, saya malah mengalu-alukan. Saya cuma mendokong pegangan bahawa untuk berpoligami, syaratnya sangat ketat.

Justeru, kalau benar berhajat, jangan fikir singkat. Kesanggupan untuk berpoligami perlu bersama kesediaan untuk menambah tanggungjawab. Poligami bukan semata-mata untuk berseronok atau memenuhi syahwat yang tiada had.

Kerana itu, sebelum buat keputusan, kena fikir masak-masak. Ambil keputusan yang tidak masak, bimbang nanti kepala sendiri yang semak. Yang sesak akan bertambah sesak.
Jika kail panjang sejengkal, jangan duga lautan dalam. Kalau tidak sanggup atau tidak ada kemampuan yang cukup, terimalah kenyataan “bahawa aku tidak layak berpoligami!”

Seperti sudah jadi kitaran hidup, lelaki biasanya akan terfikir mengenai poligami apabila usia mencecah 40.

Kononnya umur 40 sesuai untuk tambah ‘cawangan’. Dan untuk itu, pengurus cawangan yang baharu semestinya seorang yang mampu membawa idea-idea kontemporari, bawa semangat baru kepada suami.

Untuk itu, calonnya mestilah muda berbanding pengurus cawangan induk yang sedia ada,. Malah ada kemungkinan jika pengurus yang baharu itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dia berpeluang cerah untuk mendominasi keseluruhan syarikat dengan tuan punya
syarikat sekali. Ini berkemungkinan besar akan berlaku dan memang sudah banyak berlaku!
Namun, untuk menguruskan banyak cawangan, bukannya mudah. Tuan punya syarikat jangan fikir, apabila usia meningkat, ini masa untuk berehat.

Apabila sudah ada tanggungjawab, mahu tidak mahu, penat tidak penat, tenaga perlu diperah. Kalau pun pengurus cawangan induk juga mahu berehat, kederat untuk cawangan yang baharu masih perlu dikerah. Kena pula yang jenis banyak kerenah!

Itulah yang dikata orang, walau berjalan dipapah, tongkat jangan patah!
Seorang kawan saya, Azmin yang berniaga ubat kuat untuk lelaki di Shah Alam menceritakan mengenai seorang lelaki berusia hampir 80 tahun dari Kedah, yang datang ke KL dengan bas semata-mata untuk beli ubat kuat.

“Pakcik itu telefon minta saya tunggu dia di stesen Jalan Duta. Selepas dapat ubat, dia naik bas balik ke Kedah. Katanya, dia tak pandai nak beli secara online lagi pun bimbang ubat tidak dihantar selepas dia bayar duit.

“Dia terpaksa buat begitu sebab ada isteri muda. Katanya bukan senang nak maintain isteri muda,” cerita Azmin.

Nah! Siapa kata lelaki tidak sanggup berkorban untuk isteri?

Namun, satu lagi kisah, saya percaya boleh jadi pengajaran yang sangat berguna bagi sesiapa yang berhajat mahu beristeri muda.

Kita sering dimomok dengan soalan sama ada masih sanggup berjaga malam, tukar lampin, bangun buat susu jika ditakdir beranak kecil dalam usia yang sepatutnya sudah boleh bersenang lenang, tidur nyenyak waktu malam. Bagaimana pula dengan cerita ini, seperti yang diceritakan kawan saya, Isa Teksi?

Kata Isa, dia kenal seorang warga emas yang setiap hari tunggu anaknya balik sekolah.

Katanya, pakcik itu dulu menunggu di kantin tetapi kebelakangan ini, dia tunggu di tepi jalan, di luar kawasan sekolah.

“Apabila aku ajak masuk dalam teksi, dia menolak. Katanya, takut anak dia tak nampak,” cerita Isa.

Pada mulanya, kata Isa lagi, dia sangka dirinya yang tersalah dengar apabila warga emas itu menyebut ‘anak’.

“Aku tanya dia pasal apa tak tunggu di kantin macam dulu. Jaga larang masuk ka? Kata dia, bukan jaga, tapi anak dia yang tak bagi masuk.”

Kata pakcik itu kepada Isa, ini bermula apabila suatu hari, anaknya balik dalam keadaan marah-marah.

“Apabila ditanya ayahnya pasal apa dia marah, budak tahun dua itu kata, kawan-kawannya ejek dan gelakkan dia kerana ‘atuk’nya tidak bergigi. Bila dia terangkan kepada kawan-kawan dia, itu ayah, bukan atuknya, lagilah mereka gelakkan dia.

“Mereka malah tanya, mengapa ayah dia macam atuk?"

Sejak kejadian itu, anak warga emas itu melarang ayahnya menunggu di kantin sekolah kerana malu dan tidak mahu diejek rakan-rakannya.

Bayangkan, apa yang dirasa jika kita sendiri berada di tempat pakcik itu. Kecil hati? Sudah tentu.

Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Ini kenyataan yang perlu dihadapi jika kita, yang berusia semakin lanjut ini bercadang hendak berbini baharu dan beranak kecil.

Namun anak bukanlah beban tetapi rezeki dan anugerah ALLAH yang perlu disyukuri biar berapa pun usia kita.

Cuma kepada sesiapa yang berhajat, buatlah persediaan.

Semoga hidup anda lebih bahagia, dunia dan akhirat!


So, utk hubby2 tersyg kat luar sana....pikir2 kan lah....
Credited to http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/mahu-tambah-isteri-baca-ini-dulu-1.89305





Wednesday, October 3, 2012

APC 2011

Cerita ni dah hampir 3 bulan berlalu tapi baru nak post sekrg.....Hadiahnya pun dah lama masuk dlm bank.....Hari ni baru dpt kiriman CD yang ada foto2 acara tu daripada HQ.....Banyak jugak gambar2 dlm tu tp aku ambik yg ada gambar aku je.....hehehe....Bukannya apa, nak masukkan semua dlm blog ni.....banyak bebenor....Kiranya hari tu one of my happiest day in my life....Dah 12 thn aku bekerja, Alhamdulillah rezeki aku pada thn ini....Actually, thn 2012 ni banyak betul benda2 yg best2 berlaku dlm hidup aku.....Syukur sangat2 atas kurniaan-Nya....So, Congratulations to all receivers and keep up the excellent works....

Majlis ini dirasmikan oleh Dato' KPP yang mana aku rasa lebih feeling terharu sbb ini thn terakhir beliau merasmikan majlis ini...His retirement day will be end of this year...Sedihnya....

Me and Zila....Posing dulu...

Our big bosses...


Koir JPPH....Sedap pulak dgr diorg nyanyi...

Man with specky actually my previous big boss yang bertanggungjawab bagi aku markah penilaian yg excellent....Dato' Phuah....TQ Dato' for giving me this honour....

Waiting


Queue up....Gambar dulu seblm naik stage..

Suka....suka....suka....hehehe...

Posing lagi...hehehe...


Gambar ramai2 buat kenangan....Posisi aku yg duduk depan sekali...

Gambar selepas makan....Semua muka happy2....

Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...