Friday, November 30, 2012

GUESSING GAME : WHO AM I?

Just for fun......U can try it if u want 2....Let's have a guess yaaa.....Good luck!!!!!


WHO AM I? 

1.  What do you have to give before you can keep it?

2.  What can you break without touching it?

3.  What is so fragile that sound can destroy it?

4.  The more you take, the more you leave behind. What are they?

5.  What goes up but never comes down?

6.  What do you throw out when you want to use it, but take in when you don't want to use it?

7.  When i was born, I was big but the older I get, the smaller I am. What am I?


8.  I live where light is but die if light touches me. What am I?

9.  What gets smaller when ideas grow?

10. What is yours to own, yet others use it more?

11. What loses its head every morning, but gets it back every night?

12. I travel around the world but never leave the corner. What am I?

13. What has holes but holds water?

14. What starts with a P and ends with an E and has a thousand letters in it?

15. I'm as light as a feather yet an average man can't hold me more than one minute. What am I?

16. I have lots of keys but I can't open anything. What am I?

17. What has rivers but no water, forest but no trees and cities but no people?

18. You can feel it, but you can't touch it. You can hear it, but you can't see it. What is it?

19. What has four legs and a back, but can't walk?

20. In the dark, they are found without being fetched. In the light, they are lost without being stolen. What are they?

21. What has 4 legs at the beginning of its life, 2 in the middle and 3 at the almost end of its life?

22. What has teeth but can't bite?

23. What has four teeth and a tail, but no arms and legs?

24. I can fly without wings and cry without eyes. What am I?

25. What does not live but can die?

26. What has wings,
      Can fly,
      But is not living?

27. What is as big as an elephant but weights nothing?

28. This is a 5 letter fruit that is an English word.
      If you remove the first letter, it will be kind a crime.
      If you remove first and second letter, it will be kind of animal.
      If you remove first and last letter, it will be kind of music.
      What is it?



Do u know the answers, guys?.....
If u want 2 know either it's right or wrong, just wait for my next entry, ok?.....
Have fun... :-)

Credited to  http://www.squiglysplayhouse.com


Wednesday, November 28, 2012

TAHUKAH ANDA?........

MENGAPAKAH KITA MENGUAP?

Apabila anda mengantuk, kepada menjadi berat dan anda sukar membuka mata. 
Anda juga akan menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.
Pelbagai teori telah dikemukan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap.
Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi.
Oleh itu, perbuatan menguap yang berlaku automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak.
Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semulajadi tubuh untuk menyejukkan otak.
Namun, sejauh mana kebenaran teroi tersebut masih belum dapat dipastikan dengan tepat.




APAKAH GLASIER?


Apabila anda melihat  di kawasan kutub, pastinya akan mendapati Galsier atau glasiar atau sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar dan kajian saintifik glasier dinamakan sebagai glasiologi.
Asalnya glasier terbentuk daripada salji yang turun di kawasan pergunungan, lalu mengalir turun ke bahagian bawah pergunungan.
Hasil tarikan graviti, salji yang membeku menjadi ais dan turun ke kaki gunung melalui lurah glasier.
Di sepanjang sungai glasier, terbentuk pelbagai rupa bumi yang dikenali sebagai morain, drumlin, esker, sungai glasier, tasik fiord, puncak piramid, rabung arete, kame, kettels dan pelbagai lagi.
Kadangkala akan kelihatan iceberg atau bongkah ais di kawasan yang mencantikkan panorama terutama ketika terkena sinaran matahari.


MINERAL MENGANDUNGI PELBAGAI SEBATIAN GALIAN

Apakah benda yang selalu anda bawa ketika perjalanan jauh, sama ada menaiki kenderaan, berjalan kaki, berjoging atau berlari pantas?
Sebotol air mineral biasanya menjadi peneman setia untuk menghilangkan dahaga. Tidak kira apa saiz botol yang anda bawa, air mineral jarang ditinggalkan malah bagi sesetengah orang, botol air mineral mesti sentiasa ada dalam kenderaan mereka.
Air mineral yang disebut juga sebagai air galian yang mengandungi mineratl atau bahan-bahan larut lain yang mengubah rasanya atau memberinya nilai terapeutik.
Sebatian garam, sulfur dan gas-gas adalah di antara bahan yang larut di dalam air dan boleh disediakan atau boleh didapati dari mata air semula jadi.
Dalam kebanyakan tempat, air mineral selalunya dirujuk kepada bahasa percakapan yang membawa maksud air bikarbonat, yang mana air tersebut biasanya adalah air mineral yang dikarbonatkan, berbeza dengan air paip.
Tapi jangan keliru dengan air dalam botol yang jernih kerana isi kandungannya tidak semestinya air mineral kerana mungkin air paip atau air osmosis balikan (RO)
Perhatikan label di botol anda.



MANISNYA MADU

Madu merupakan cecair yang dihasilkan oleh lebah, menyerupai sirap namum madu lebih kental dan manis.
Rasa manis di dalam madu adalah disebabkan oleh unsur monosakarida fruktosa dan glukosa yang memiliki sifat atau rasa manis hampir sama dengan gula.
Madu memiliki ciri-ciri kimia menarik dan rasa yang berbeza daripada gula serta pemanis lainnya.
Malah, kebanyakan mikro-organisma tidak mampu berkembang biak di dalam madu kerana kandungan airnya yang amat rendah iaitu sekitar 0.6%.
Kelebihan kandungan kimia serta air yang kurang di dalam madu, membolehkannya tahan lama biarpun disimpan pada suhu bilik.



SARANG LABAH-LABAH TERHASIL DARIPADA PROTEIN

Labah-labah merupakan haiwan invertebrata yang menghasilkan benang sutera yang mebina sarang.

Serangga tersebut dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas araknik yang lebih besar. 
Kumpulan araknid turut mengandungi kala jengking, tungau, sengkenit dan falangid dan kajian terhadap labah-labah dikenali sebagai araknologi dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.
Sarang labah-labah diperbuat daripada sutera, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasannya, terdapat pada hujung abdomennya.
Sutera labah-labah adalah lima kali ganda lebih kuat berbanding besi keluli dan kesemua labah-labah menghasilkan sutera.


Credited to Majalah ESTIDOTMY (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
Published on 28/11/2012 Edisi 133

Tuesday, November 27, 2012

SECOND HAND BOOK SALES



AKAN DATANG........TUNGGUUUUU......


ARTIKEL : TERAPI CARI JODOH

Artikel aku nak share kali ni bukan bertujuan utk menyindir tetapi hanya ingin berkongsi artikel yg aku baca di samping mungkin boleh membantu mereka yg berkenaan........Sharing is Caring, right?.....
Tapi mereka yg berkenaan ni aku tujukan kpd mereka yg 'benar2 berkenaan' sahaja dan bukannya kpd pokcik2 kat luar sana yg berangan2 nak pasang lebih tu.....prohibited okay......
So, kpd 'mereka yg berkenaan'.....terpulang nak try atau tidak....kita mencuba sahaja tapi hanya kuasa Allah yang menentukan......betol tak?......


TERAPI CARI JODOH

Credited to Rosmah Dain (Utusan Malaysia)
Published on 27/11/2012 

Dikatakan pada zaman sekarang, masih ramai di kalangan wanita yang masih belum bertemu jodoh. Mungkin atas faktor kesibukan kerja, pendapatan yang tinggi serta tidak berjumpa pasangan yang diingini, ini sepatutnya tidak menjadi tidak menjadi alasan kepada golongan ini untuk tidak mencuba mencari pasangan yang sesuai.

Masalah tidak mendapat jodoh ini sebenarnya bukan tertakluk kepada wanita sahaja, sebenarnya ramai di kalangan lelaki juga mengalami masalah yang serupa.

Akibat terlalu pemalu, pergaulan yang terbatas, malah tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkan bakal isteri yang sesuai, golongan lelaki pun sepatutnya perlu mandapatkan nasihat bagaimana untuk berkenalan dengan wanita yang baik.

Menurut Penasihat Program Jodoh Annabella House of  Therapy, Suhana Ahmad Marzuki, biasanya mereka yang datang ke pusat terapi ini untuk meminta bantuan bagi mendapatkan jodoh berusia dalam lingkungan 30-an ke atas iaitu wanita dalam lingkungan 30 tahun dan lelaki pula 35 tahun.

Malah, yang mencari jodoh ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang masih bujang sahaja, malah ia juga terbabit kepada mereka yang berstatus janda dan duda.

"Faktor kesepian adalah punca utama mengapa mereka yang berusia 30-an ini bergegas untuk mencari pasangan masing-masing."

"Mungkin pada asalnya kita melihat wanita atau lelaki yang berusia ini senang dengan keadaan yang mereka lalui, tetapi lambat laun perasaan sunyi akan datang kepada mereka. Ada yang melaluinya dengan tenang, tetapi ada yang tidak."

"Selain itu desakan keluarga dan ibu bapa juga antara faktor mengapa mereka akur untuk mencari pasangan," katanya yang mempunyai ijazah dalam bidang psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Suhana, selalunya mereka yang berdepan dengan isu kesukaran mendapatkan pasangan ini apabila mereka meletakkan kedudukan dalam satu statement yang negatif pada minda bawah sedar mereka.

Mungkin mereka berasakan kurang keyakingan diri, menganggap diri tidak cantik, terlalu memilih, trauma dengan kisah masa lalu atau ibu bapa dan keluarga yang terlalu memilih.

"Apabila sampai ke tahap ibu bapa pemilih menyebabkan siapa sahaja pilihan anak-anak tidak mendapat tempat di hati kerana asyik melihat ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Suhana, menerusi sesi terapi minda yang dijalankan di Annabella House of Therapy membantu menghapuskan pemikiran negatif pada minda dan cuba mendekatkan individu berkenaan pada keadaan yang bersesuaian dengan mereka.

"Di pusat terapi ini, kita sendiri telah mempunyai data-data daripada pelanggan kita. Dari situ kita akan perhalusi satu-persatu untuk mempertemukan mereka dan cuba mengikut kriteria yang individu itu mahukan yang telah kita ketahui menerusi terapi sharing yang dijalankan."

"Terapi sharing ialah langkah pertama yang dilakukan oleh pusat terapi ini untuk mencungkil masalah atau perkara yang dipendamkan selama ini kerana terlalu malu untuk meluahkannya."

"Jika pada sesi pertama nampaknya masalah itu ternyata agak berat, individu akan disyorkan untuk datang ke sesi terapi buat kali kedua dan seterusnya. Jika didapati individu itu agak tertekan, pusat terapi akan mencadangkan untuk melakukan sesi terapi minda kepada pelanggan berkenaan," katanya.

Menerusi terapi minda ini katanya, pihaknya akan mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi dengan cara scanning dan kemudian cuba memadam atau menformatkan kembali memori lampau di minda bawah sedar client ini satu-persatu sambil cuba mengisi bayangan yang positif.

Seterusnya, kata Suhana, selepas terapi ini, pasangan akan dipertemukan dengan individu yang dicadangkan di pusat itu dengan dipantau oleh seorang ustaz atau ahli panel pusat terapi.

Sepanjang sesi suai kenal berlangsung, pusat terapi ini boleh menjadi pusat rujukan sekiranya sepanjang perkenalan pasangan menghadapi masalah.

Jelas Suhana selepas lebih dua tahun program berkenaan dijalankan di pusat terapi itu, kira-kira 90 peratus pasangan yang dipertemukan berjaya mengenali hati budi masing-masing dan sudah pun mendirikan rumahtangga.

Setakat ini katanya, ramai yang telah berdaftar dengan pusat terapi berkenaan untuk cuba menanti mendapatkan pasangan yang sesuai.

Bagi mereka yang mahu mencuba, dapatkan perkhidmatan program pencarian jodoh di Annabella House of Therapy yang terletak di Prima Saujana Kajang atau hubungi talian 03-87500213 atau layari www.annabella.com.my untuk pertanyaan lanjut.

Sape2 mereka yang berkenaan berminat, boleh try surf website ini...



Friday, November 23, 2012

WELCOME HOME...KUCHING, SARAWAK

Aku balik kampung lagi.......yahuuuuuuuu......Kalau dah balik setahun sekali tu, cuba korang bayangkan mcm mana perasaan aku.....Seronok giler weiiiiiii........:-D
Bertambah berganda2 lagi keseronokan aku bile berpeluang sambut birthday ke ehemmmm......ehemmmmm.......(shhhh.....rahsia.....hehehe) kat sana.....My precious date......101112......like3x.......
Aku balik kpg kali ni, banyak berjalan je.......jarang duduk rumah......memang best sgt2......Cuma rasa tak puas je sbb cuti cuma seminggu......huhuhu......nak buat camno, dah keje kan?......
So, enjoice my photos ya......:-)


Makan di Buntal Seafood Restaurant

My birthday's dinner with my dearest family

Mixed vege and sayur midin goreng belacan (sayur midin ni ada kat Sarawak je tau)

Seafood Soup....one of my favourite dish...

Inilah ambal.....my favourite...kira mcm siput sedut jgklah rasanya tapi rupa mcm buluh...

Ambal dari dekat


Jalan2 di Sarikin (kawasan sempadan Sarawak - Indonesia)

Kat sini banyak jual perabot dari rotan

 Cik abang ni sibuk carik topi batman....tapi tak jumpa2 jugak...kesiannnnnn.....

Barang hiasan rumah....window shopping je, tak beli pun....

My mom sibuk beli udang dan sotong kering...


Minyak wangi pun ada

Telekung cantik2 kat sini

Kita ronda lagi.....

Barang hiasan antik

Bekas kaca pun ada....cantik jugak

Ini lah mangga harum manis....

Tikar rotan....famous di Sarawak



Balik kampung (Kampung Pendam, Kota Semarahan)

Jalan2 menghirup angin petang....nyaman....

Berposing tepi parit....hehehe....


Pegi jalan2 lagi ke Serian, Sarawak

Sekarang kat Pasar Serian....kat sini banyak jual sayur yg segar2...

Bakul rotan buatan orang Serian....cantikkan?



Breakfast di Pasar Satok, Kuching

My favourite too.....Laksa Sarawak...

Laksa Sarawak dari dekat.....ada udang rebus, ayam rebus, tauge, daun ketumbar dan belacan......Sedap....uolls kena cuba bila berada di Sarawak......

Friday, November 16, 2012

GOODBYE MY DEAR GOLDY MYVI.... :((

Goodbye.....Selamat tinggal.....Au revoir......Auf wiedersehen......Arrivederci.....Sayounara.....
Zai jian.....Adios.....Annyonghi kashipsio......Lar-korn.....Tot ziens.....Ma'a ElSalama.....huhuhu....

Rasa sedih sgt2 ni bila berpisah dgn kereta kesayanganku....Dah lebih 7 tahun bersama2...tak pernah berpisah....Dari mula rumah sewa dulu ke rumah aku sekarang, kereta ni jugak yg berbakti bwk brg2 aku masa nak pindah....Dari aku bekerja di Bangi, kemudian ke Putrajaya, then berulang-alik ke Bukit Kiara masa aku further study, lepas tu kerja pulak kat Ipoh dan sekarang ke Segamat, Johor....kereta ni banyak menemani aku....hwarggghhhhhh....sedih giler weiiiii....sob....sob...sob.... 

Tapi nak buat mcm mana....dah tiba masanya aku kena let go jgk dia....coz aku ni selalu berpindah-randah tpt kerja, aku takut lama2 nanti dia tak tahan....

So, sebelum aku n hubby lepaskan dia pergi.....i want 2 tribute this post to him/her for our own memories.....Bye my dear goldy myvi.....Jasamu dikenang......:((




ALAHAI SUAMI......

Apa nak jadi suami wanita ni?....Belajar tinggi2 tapi tak malu, berani tipu bini....Banyak pulak duit sampai bole berbini ramai, tapi hutang satu sen pun tak mampu nak bayor...Isy, teruk bebenor suami mcm ni...Kesian pulak aku tgk ex-wife dia ni...tak psl2 kena tanggung hutang...So, ladies...doa2 janganlah hubby kita species mcm ni...Ni bukan species manusia dah ni tapi species mr. babun yg patut kena campak dalam hutan belantara...baru padan muka...huh...



Suami durjana tipu isteri




NORA (kiri) dan Michael Tay menunjukkan salinan laporan polis serta dokumen pinjaman yang menggunakan tandatangan palsu di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Detik perkenalan seorang jururawat dan seorang doktor hingga membawa ke gerbang perkahwinan disangkakan membawa bahagia berpanjangan tetapi rupa-rupanya mengundang derita berpanjangan.

Demikian nasib malang seorang janda kerana dia bukan saja ditinggalkan suaminya tanpa diberi nafkah malah lelaki yang pernah bersumpah sehidup semati dengannya itu turut bertindak kejam memalsukan tandatangannya untuk membuat pinjaman sehingga membuatkan wanita itu bakal diisytiharkan muflis.

Nora Ahmad, 42, yang merupakan jururawat di sebuah pusat hemodialisis di Senai dekat sini ketika menceritakan kisah perit hidupnya berkata, kepincangan hidupnya bermula ketika rumah tangga yang dibina oleh suaminya yang juga merupakan seorang doktor mengalami keretakan sejak tahun 2005.

"Hampir lapan tahun lamanya dia meninggalkan saya dan empat orang anak tanpa pesan dan rupa-rupanya dalam tempoh itu dia sudah berkahwin tiga iaitu pada tahun 1998, 2006 dan pada tahun 2009, saya difahamkan dia melangsungkan perkahwinan di Thailand bersama pasangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon di sini semalam.

Pada 12 Jun lalu, ibu tunggal ini dikejutkan dengan surat berdaftar yang dikirimkan oleh sebuah bank di sini yang menyatakan dia bakal diisytiharkan muflis dan namanya akan disenaraihitamkan oleh Bank Negara jika hutang pinjaman tidak dilangsaikan.

"Saya tertanya-tanya apa kesalahan saya dan bila semakan dibuat, rupa-rupanya bekas suami saya telah meletakkan nama saya sebagai penjamin tanpa pengetahuan saya untuk membeli mesin pengimbas berharga RM35,000 pada 3 Januari 2007 yang lalu.

"Yang lebih membuatkan saya marah, dia telah memalsukan tandatangan saya. Sekarang, pihak bank terus memburu saya untuk membayar semula pinjaman itu yang kini sudah mencecah RM58,000," kata jururawat yang baru saja bercerai dengan suaminya yang berumur 44 tahun yang berasal dari Pontian pada Februari lalu.

Apabila tembelang jahat lelaki beristeri empat itu pecah, Nora memberitahu, bekas suami yang pernah memiliki dua buah klinik di Senai terus menyembunyikan diri dan kali terakhir dia sempat bercakap dengan suaminya ialah pada Jun lalu dengan pelbagai alasan diberi.

"Saya sudah tak mampu menanggung bebanan ini, ia bukan masalah saya tetapi saya telah diperdaya dengan bekas suami dan saya minta dia tampil selesaikan kemelut ini," rayunya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Senai di sini.

Mengulas lanjut mengenai kemelut ini, Michael berkata, pihaknya akan membantu Nora untuk mendapatkan peguam bagi memohon agar menangguhkan seketika prosiding kes yang akan berlangsung pada 19 Disember ini.

"Selain menggesa bekas suami Nora supaya tampil, saya ingin meminta penjelasan pihak bank berkenaan mengapa pihak penjamin tidak dipanggil bersama ketika surat perjanjian ditandatangani?," soalnya.

Credited to http://www.kosmo.com.my published on 16/11/2012

Tuesday, November 6, 2012

LABU N BABY STORIES

   
    Me : "Labu tgh buat apa tu?......Buat senaman pagi ye?...."

    Miss Kelabu : "Krohhhhh........krohhhhhh.......krohhhhhh.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......  I-)"



    Me : Wahhhh.....baby ada bantal baru...

   Baby Putih : "Janganlah kacau.....dah ngantuk giler ni.....isy....."



    Me : "Laaaa......kat sini rupanya......"

   Labu : "Nape?.....tak boleh ke lepak kat sini?....Apa2 pun tak boleh....huh.... X:( "



    Me : Baby, tengah tunggu sape tu?...
   
  Baby :"Tengah tunggu pakwe ni, kata nak pegi dating tapi tak sampai-sampai lagi..huhuhu.. :("




 
    Miss Kelabu : "Menyibok pulak dua ekor ni.....aku nak tido pun tak senang...."
    Me : "Labu, janganlah marah....."
    Miss Kelabu : "Tak marah......suka......suka sangat2....." *grrrrrrrrr.....gerammnya..... ~x( *





   Baby Putih : "Cute tak kita posing mcm ni?.....Cakaplah cute....cute tak ni?..."
   Me : "Hmmmmm......yelah.....cute.....cute sangatlah tu....." *dowhhhhhhhhh. :-P *





   Baby Putih : "Fuhhhhhhhh.....nikmatnya melepak time hujan2 ni....."
   Me : "Join sekali boleh?....."
   Baby Putih : "Pegi duduk jauh2.....kita dah chop dulu tempat ni.....syuhhhh....syuhhhhh..."


Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...