Apa yang uolls pikir bila tgk gambar ni?......Kalau rasa badan dah sedang2 ok, rasanya uolls takde pikir apa2 kot....sbb badan still maintain cun lagi....Tapi kalau rasa badan dah semakin montel (macam aku ni....huhuhu)....uolls agak2 apa yg aku pikir sekarang?Takut......Resah.....Gelisah.....Sedih pun ada....
Apatah lagi kita sbg org pompuan dan lebih2 lagi yang telah berkahwin, mmg part ni kena jaga elok2.....Cakap mmg senang, tapi nak buat tu.......adoyaiiiii......jenuh ko......
Macam aku ni ler......badan mcm dipam2...terasa kaki makin kecik je sbb badan dah rasa makin besor....balancing pun dah lari....hehehe.....
Lagi2 yang dah beranak-pinak....lagi kena maintain....pandai pasang badan....kalau tidak, habishhhhh......
So, bila aku tgk iklan kat bawah ni, tergerak hati jugak aku nak share some articles yg aku dpt, hasil surfing dari blog ke blog....website ke website....apa kebenda OBESITI ni?
Sama ada uolls nak try atau tidak, tips bagi mengelak Obesiti ni, terpulang kpd masing2....
Yang senangnya nanti, kita jugak.....Yg bahagianya nanti pun, kita jugak kan......
Credited to :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120812/kn_01/Obesiti---ibu-segala-penyakit#ixzz2FT13SeLU
http://www.awaksihat.com/kira-berat-indeks-jisim-tubuh-anda-bmi
http://deheartyku.blogspot.com/2012/04/tips-kurangkan-berat-badan-oleh-pakar.html
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.
Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Dengan ertikata lain, obesiti berlaku apabila berlebihan berat badan.
Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan.
Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab
utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.
Apabila kalori diambil berlebihan,
bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi
kolesterol dalam darah.
Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius
terhadap berat badan mereka.
Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian
anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan
menarik.
Obesiti juga adalah punca utama segala penyakit lain.
- Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
- Strok (angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Batu hempedu
- Diabetes
(kencing manis)
- Paras kolestrol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit di bahagian bawah belakang
badan
- Sukar bernafas
- Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
- Gangguan pembuangan air kecil
- Penyakit hati
- Barah usus
Mereka yang tergolong dalam obesiti, apabila...
- Mempunyai berat badan
sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
- Mempunyai berat badan
sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila
lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
- Mengalami beberapa penyakit seperti
tekanan darah tinggi atau diabetes
(kencing manis); dan
- Gagal mengekalkan berat badan yang
sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh
pakar-pakar pemakanan.
Masalah timbul apabila orang ramai tidak menganggap ia sebagai satu penyakit dan hanya menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.
Terdapat 7 cara untuk mencapai berat badan yang unggul iaitu :
1. Ketahui jisim tubuh (BMI) anda
BMI =
|
|
Indeks Jisim Badan
|
|
Status
|
BMI
|
Kurus
|
Kurang 20.6
|
Normal
|
20.7 - 26.4
|
Gemuk
|
26.5 - 30.9
|
Obesiti
|
31.0 - 45.2
|
Bahaya
|
Lebih 45.3
|
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 iaitu di bawah status normal
2. Makan ikut keperluan
Apa
sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada
lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai
rancangan diet anda.
Jenis makanan
|
Gram lemak setiap sajian
|
% kalori dari lemak
|
Makanan tinggi
lemak
|
||
Hamburger saiz
biasa
|
11.8
|
39
|
Hot dog
|
14.5
|
54
|
Kentang goreng
|
20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran) |
12.247
|
Keropok kentang - 1
aun
|
10.1
|
61
|
Mentega/marjerin -
1 sudu teh
|
4
|
94
|
Sos salad - 2 sudu
makan
|
11.1
|
85
|
Kek keju
|
16.3
|
57
|
Makanan rendah
lemak
|
||
Kacang hijau -
direbus = cawan
|
0.2
|
9
|
Roti - 1 keping
|
1.1
|
16
|
Mil oat - 1 cawan
|
2.4
|
15
|
Buah epal - 1 biji
|
0.5
|
6
|
Ubi kentang - 1
biji dipanggang
|
0.2
|
1
|
Makan sebanyak tiga hidangan sihat sehari termasuk bersarapan adalah yang terbaik. Makan setiap hidangan secara perlahan-lahan. Jangan melangkau hidangan anda kerana ia hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.
Akibatnya, ia merangsang anda untuk lebih memikirkan tentang makanan, sekali gus menjadikan anda lebih cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu malam. Ini tidak baik untuk berat badan yang ideal. Elakkan mengudap snek/makanan ringan di antara waktu makan.
3. Makan sayur dan buah pada setiap waktu hidangan utama
Bahagian utama hidangan anda hendaklah terdiri daripada makanan berasaskan kanji seperti roti, bijirin, kentang dan nasi; buah-buahan dan sayur-sayuran.
4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
Kurangkan sebanyak mungkin lemak daripada diet anda. Lemak mengandungi lebih banyak kalori – sehingga dua kali ganda berbanding makanan berkanji atau berprotein dalam kuantiti/berat yang sama.
Tip: Gunakan sapuan rendah lemak pada roti anda; apabila memasak kurangkan penggunaan minyak; panggang makanan di sebalik menggorengnya; buangkan lebihan lemak daripada daging dan pilih daging tanpa lemak dalam potongan yang lebih kecil.
Perhatikan juga lemak tersembunyi yang terdapat di dalam kek, biskut, coklat, kerepek dan pai.
Ambil versi susu, keju, yogurt dan lain-lain yang rendah lemak. Ia mempunyai kandungan kalsium yang sama nilainya dengan versi lemak penuh tetapi kurang kalori.
Umumnya, makanan lemak rendah adalah yang terbaik. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula. Jadikan air masak sebagai minuman utama anda berbanding minuman ringan.
5. Tingkatkan tahap aktiviti fizikal anda - amalkan 10,000 langkah setiap hari
Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan.
Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda.
Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Ada satu cara yang paling mudah dan boleh dilakukan setiap hari iaitu mengamalkan 10,000 langkah.
6. Percaya anda boleh lakukan
Realistik. Anda tidak perlu menyasarkan berat badan yang sempurna. Sekiranya anda tergolong dalam kategori berat badan berlebihan atau obes, anda akan mendapat banyak faedah kesihatan daripada 5 hingga 10 peratus penurunan berat badan anda (biasanya 5 hingga 10kg).
Yang terbaik adalah untuk tidak kehilangan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Jiika berat anda turun lebih sekilogram seminggu, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan.
Penurunan berat badan antara setengah hingga 1 kilogram seminggu adalah paling baik. Untuk mencapainya, anda perlu kurangkan antara 500 hingga 1,000 kalori berbanding yang anda ambil sebelumnya. Anda akan kehilangan 6 ke 12kg jika mengekalkan amalan ini sehingga tiga bulan.
7. Mendapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga
Maklumkan kepada orang lain mengenai rancangan anda mengurangkan berat badan. Sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat membantu anda kekal bermotivasi. Anda juga boleh menimbangkan untuk menyertai pusat-pusat kecergasan berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment