Monday, October 22, 2012

ISTERI YANG SENGAL.....AGAK2 LAH.....

Aku tak tau lah isteri zaman sekarang....Kot ye pun boring sesangattt kat rumah tu.....janganlah sampai sengal, bingai, bengong, bangang, bongok dan sewaktu dgnnya ....(hambik ko....semua ayat aku keluarkan.....budak2 jgn mandai2 nak guna ayat2 ni....korang tak cukup umur lagi....hehehe)...Ada ke patut anak pun dibior tak makan....Ingat game komputer tu bole bagi ko duit ke?....Giler....Isy, sentap pulak rasanya kalau tgk org buat perangai yang tak cukup mental ni, sampai babitkan anak kecik pulak tu...

Rehat2 tghari ni mula ler aku nak buat luahan perasaan...yelah, sakit hati weiiiii bila baca artikel ni dlm paper....apa ke bodohnya lah pompuan sorang ni....aisshhhhh....

Buat wifey2 kat luar sana tu....jgn ler buat perangai tak cukup umur ni....tak salah kalau nak isi masa terluang tapi agak2lah oooiiii....kalau tak, korang sama ler dgn spesis pompuan ni....beranak je pandai, jaga tak nak....Bengong....

(Credited to http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Biaranaklapar/Article/index_html)


BIAR ANAK LAPAR
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.

"PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer"

(Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22)

Friday, October 19, 2012

HONGKONG DISNEYLAND

Bestnya....bestnya kalau dapat pergi kan?....Disneyland weiiiii....org tua pun boleh jadi budak2 balik...(tapi aku tak tua, tau....hehehe) Hari tu masa kat Singapore, merasa jugak dpt pergi USS...So, Disneyland kira adik-beradik dia jugak ler...ada watak2 kartun...Disneyland bukan setakat ada kat tempat omputeh je, kat Asia pun ada...Oklah tu kan...Hongkong rasanya takdelah mahal bebenor nak pegi berbanding ke US...betol tak?

Aku pun teringin jugak nak pegi...tapi tu ler ongkosnya kena pikir jugak...takpe..takpe...kumpul dulu...one day, aku akan jejak jugak tpt...So, pada sape2 tgh kembung poket tu dan tak tau nak pegi mana cuti hjg2 tahun ni, pergilah Hongkong Disneyland...

kalau nak tau mcm mana nak pegi sana, bayaran, so on....and so on...

Ni aku nak share citer one of the writer yg dah pegi Disneyland Hongkong....
(Credited to :http://www.nst.com.my/life-times/holiday/in-love-with-magic-of-disney-)
Writer : Hanna Hussein

"THERE’s one place in the world that can make children smile endlessly and that place is none other than Disneyland! But your trip will not be magical enough if you miss out on the fun at Disney Hollywood Hotel.
My holiday at Hong Kong Disneyland is turning out to be the best trip I have ever had — it really brings out the child in me. The chance to stay at one of the Disney hotels adds to the charm!
The beautiful cream and baby blue building with gold Mickey logos stand before me. The hotel chauffeur greets me with a welcoming smile at the doorstep and insists on helping me with my luggage. The hotel is not as posh as I imagined. It’s simple and is a great place for family vacations.
It has pictures of Disney characters everywhere which can make any child happy.

MICKEY SAYS HELLO
My spacious room with two single beds has a view of the beautifully manicured garden. Everything in the room has a touch of the famous cartoon characters. Mickey and Minnie posters hang on the bedroom wall, Mickey is seen smiling on a tumbler, and there’s even a 24-hour Mickey channel on TV.
I feel like a kid again, watching classic Disney cartoons well into the night. To avoid over–sleeping, I request for a morning wake-up call.
To my surprise, I not only get a wake-up call at 7am but I also get to hear the voice of a very special “person” at the other end. It’s Mickey on the line! You definitely can’t get that anywhere else.

PIANO POOL AND HOLLYWOOD PARK
The hotel is not all brick and mortar. It has a beautiful park where you walk under shady trees and sit on a Mickey bench. At the end of the park you’ll see the familiar Hollywood Hotel sign, similar to that in Hollywood! A great place for photo opportunities.
The swimming pool has a whimsical piano shape with a water slide built into a rock where several “hidden Mickeys” lie waiting. Young “detectives” will have a whale of a time here trying to spot a Mickey.
There’s also a relaxing whirlpool where you can rejuvenate after a fun day at the park. You can have snacks at the bowl-shaped bar located adjacent to the swimming pool. It offers a selection of cooling tropical drinks to complement a fun-day outdoors.

DINE WITH DISNEY CHARACTERS
Enjoy breakfast at one of the Disney-themed restaurants, the Chef Mickey. The chefs here show off their culinary magic by whipping up delicious dishes in the shape of Mickey Mouse. Chef Mickey Restaurant offers Cantonese meals as well as Asian and international specialties.
While dining, you can meet Mickey Mouse. Don’t forget your camera for capturing your special moments.
You can also go to the Enchanted Garden Restaurant at the Hong Kong Disneyland Hotel next door where you can enjoy a fabulous international buffet in the company of Mickey, Minnie, Donald, Daisy, Goofy and Pluto."

Rasa teruja tak?....teruja kan....hehehe...

So, sesape yg nak pegi tu, tolong ye...tolong kirim salam kat Cinderella ke, Snow White ke...or Donald Duck, ok jugak?.....suka....suka...suka...hehehe...




Thursday, October 18, 2012

NAK TENGOK CITER APA EK?...

Hi uolls....baru ni aku post entry ttg filem 'Aku Terima Nikahnya'....Dah gian pulak nak tgk wayang lagi...hehehe...Walaupun AstroBest n AstroFirst dah ada kat tv tapi aku still jugak nak pegi tgk wayang....lagi feel kot sbb screen beso...Kat rumah screen kocik je, tak puas nak tgk...lagi ler kalau duduk next 2 my darling hubby....lebih2 lagi tgk citer hantu, ada ler yg kena peluk....hehehe.....konon....Tgk kat umah, dok jauh2...jerit pun sorang2...takut pun sorang2...dia pulak bantai gelak lagi ada...Tapi kalau kat cinema, tak bole sbb tgh tgk citer hantu, mana nak gelak...karang kena ketuk dgn org sebelah...hahaha....padan muka.

So, aku mula lah nak godek2 ni.... citer baru apa je ek kat cinema skrg ni...tak payah g jauh2...tak payah nak susah2... semuanya di hujung jari anda...Aku dah surf website ni http://www.gscmovies.com.my/
Ok jugak...semua citer2 baru ada kat sini...Siap ada masa tayangan lagi...kalau mcm aku ni, hujung mgg je lah yg ada...Ye lah, dah PJJ ni kan...jumpa hubby seminggu sekali...ok...ok...tak nak celoteh pjg2...nanti aku pulak yg tertukar mode 'sedih' dan 'terkenang'...nayo den...

Citer baru apa je yg ada ek? Citer Sinister ni mcm best je...citer hantu...hmmmm...ok gak...Ethan Hawke yg berlakon....hensem3x....hehehe...(ni tgk citer ke...tgk muka pelakon...hahaha)


 or Silent Hill Revelation...adoyai...3D lah pulak...mesti berpinar2 biji mata tgk...(toing...toing...)



Takpelah, uolls surf lah sendiri ye...happy surfing...

(p/s : Abg, jom g tgk wayang lagi...hehehe...saya belanja...)

Wednesday, October 17, 2012

CITER PASAL POLIGAMI LAGI....ADUSHHHH....

Ni lagi artikel berkenaan poligami....I have no further comment about this....Its up to individual perceptions and opinions....It is ok or not.....Kita as a woman kena tahu mana letak duduknya kita.....to uphold our own dignity at the right place....Cuma jangan silap percaturan, nanti menyesal tak sudah...Fikirkanlah...

Credited to : Ruangan Forum, Utusan Malaysia bertarikh 16.10.2012

LONGGARKAN SYARAT BERPOLIGAMI

Oleh : Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, Ampangan, Seremban

"Wanita Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.
Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.
Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini.
Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.
Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.
Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradaban serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.
Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.
Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas.
Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.
Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' seperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.
Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlan sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian"

Tuesday, October 16, 2012

ARTIKEL 'CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI'

Aku sejak dua menjak ni suka surf 'n' baca artikel2 menarik yg aku rasa boleh share dgn uolls semula....Apatah lagi yang berkaitan dgn hal suami-isteri.....At least dari situ aku dapat belajar sesuatu yg baru dan menyedari sesuatu yang kdg2 kita tak sedar dan tak ambil tahu....Tapi yg paling bestnya.....kalau artikel pasal suami2 kita ni....Suka jugak aku nak share supaya mereka juga turut sedar dan tahu apa perasaan kita, keinginan kita serta impian kita.....So, for today i want 2 share this article...quite interesting...expecially for mr2 hubby outside there...knowing your wife deeply, will leave NO single regret in your life to be with her...Am i right, guys?...


Credited to http://pakarcinta.com/blog/ciri-suami-dambaan-isteri/
Ditulis Oleh Aku Islam Pada 12 Jun 2012 Kategori : Kuliyyah Cinta
Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para isteri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti boleh melakukannya tahap demi tahap :
1. Setia Mendengar
Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika isteri berbuat kesalahan, suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan dari isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi.
4. Menerima pendapat isteri
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesihatan, cara pemakanan, tidur yang cukup dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah sangka. Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantis
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romantis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada waktu tertentu, contohnya ulangtahun pernikahan atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan.
8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Dicelah kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga.
"Semoga bermanfaat dari Pakar Cinta"


Sincerely me,

Surf other entries...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...